Sumbangan Armada tiba di bumi Palestin

Sebanyak RM100,000 nilai barangan, termasuk makanan dan perubatan sumbangan Armada Bersatu menerusi Malaysia Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) telah tiba di bumi Palestin.

Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sumbangan secara berperingkat itu diserahkan oleh wakil MAHAR dan Armada kepada rakyat Palestin.

Katanya, sebelum itu Armada Bersatu telah melancarkan kutipan derma secara dalaman bagi membantu kempen kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang merupakan mangsa perang kesan kezaliman pengganas Israel.

“Hasil sumbangan yang disasarkan hanya RM100,000.00 telah melebihi jumlah sasaran apabila kempen selama 24 jam ‘Tabung Kasih Palestin dari Armada Bersatu’ ini mencapai jumlah sebanyak RM 165,650.53 saat melabuhkan tirainya,” katanya sambil berterima kasih kepada penyumbang.

Katanya, baki RM 65,650.53 pula akan diserahkan sepenuhnya dalam tabung yang diwujudkan dengan kerjasama Pemuda Perikatan Nasional yang terdiri dari rakan koalisi antaranya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), dan masing-masing sayap Pemuda Gerakan, Star dan SAPP.

Kanak-kanak dan belia Palestin menerima bantuan makanan dan bekalan perubatan yang disumbangkan Armada Bersatu.

BERITA BERKAIT
POPULAR