Sulaiman tolak debat antara calon Ketua Menteri, takut Rauf merajuk

Cadangan debat antara calon Ketua Menteri (KM) Melaka yang dicadangkan ditolak KM sementara, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kerana bimbang Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan merajuk.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim melontar cadangan debat dengan calon KM daripada PH dengan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, bagaimanapun keputusan Sulaiman menolak debat tersebut secara tidak langsung menunjukkan beliau bukan calon sebenar gabungan itu.

“Tak payahlah. Kita habiskan pilihan raya ni dululah

“Kita tumpukan dulu kerja yang ada ni,” katanya dipetik dalam laporan Malaysiakini.

BN menamakan Sulaiman sebagai calon KM mereka, bagaimanapun sumber Agenda Daily mendedahkan sebenarnya Rauf adalah calon asal mereka bagi jawatan tersebut.

Terdahulu, Anwar mencadangkan debat antara calon KM bagi PH, Adly Zahari dengan calon daripada BN dan Perikatan Nasional (PN), tetapi ketika ini PN masih tidak menamakan calon KM mereka.

Baru-baru ini juga, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan bersedia menimbang untuk memberi ruang kepada calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk dari pembangkang untuk berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Agenda Daily difahamkan, Rauf yang sebelum ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka adalah individu berkebolehan untuk menggalas tugas itu kerana peranannya dalam pentadbiran negeri sebelum ini.

Beliau juga dikatakan mendapat restu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk diangkat sebagai KM Melaka. Sebab itu, kali ini beliau dicalonkan untuk bertanding.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu Ab Rauf tidak dicalonkan, namun setelah kerajaan PH Melaka tumbang pada Mac 2020, beliau dilantik sebagai Speaker DUN.

Rauf yang sebelum ini dikatakan kerap memberi tunjuk ajar kepada Sulaiman yang ketika itu menjadi KM, bagaimana untuk mentadbir negeri, mengundang keresahan beberapa Ahli Exco, termasuk Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan, kedua-duanya wakil rakyat UMNO.

Lagi pula Sulaiman tidak disukai beberapa pemimpin atasan UMNO negeri pimpinan Rauf.

BERITA BERKAIT
POPULAR