Sulaiman tergesa-gesa angkat sumpah KM Melaka jam 1 pagi

November 21, 2021 · Politik

Tanpa menunggu pagi ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tergesa-gesa mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri (KM) Melaka ke-13, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam, beberapa jam setelah Barisan Nasional (BN) diumumkan menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Hadis sama pada majlis itu ialah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon KM jika BN menang pada PRN Melaka, walaupun desas-desus mengatakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan dilantik ke jawatan itu.

Ini adalah kali kedua Sulaiman dipilih menjadi KM selepas pertama kali dilantik ke jawatan itu tahun lalu, namun hilang kepercayaan empat ADUN menyebabkan DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRN.

Difahamkan, Ab Rauf dijangka dilantik sebagai salah seorang Exco kanan, sementara jawatan Speaker DUN yang disandangnya sebelum ini akan diberikan kepada salah seorang Ketua UMNO Bahagian yang tidak dicalonkan bertanding pada PRN kali ini.

BN juga dijangka memilih lima pemimpin parti komponennya sebagai ADUN dilantik, menjadikan keseluruhannya 26 ADUN BN di DUN Melaka.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri menyifatkan kemenangan BN pada PRN Melaka kali ini sebagai kejayaan pentadbiran Keluarga Malaysia.

“Inilah semangat Keluarga Malaysia yang mana kita semua menuju ke destinasi yang sama – membangunkan kembali Malaysia selepas mengharungi pandemik yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil mengucapkan tahniah atas kemenangan BN.

Ismail Sabri sebelum ini, memperkenalkan istilah Keluarga Malaysia bagi mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik bersama berganding bahu membawa keluar negara ini daripada pandemik Covid-19.

Beliau berkata, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana baginya, keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

“Insya-Allah kebajikan dan kemajuan ekonomi negeri Melaka pastinya akan menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti,” kata Ismail Sabri.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO
November 13, 2023· Politik
PRK Kemaman: Zahid beri bayangan Ahmad Said mungkin tak dicalon semula
October 23, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok