Sukar jadikan Anwar PM kesepuluh

October 22, 2022 · Politik

Veteran politik Lim Kit Siang berkata untuk menjadikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) kesepuluh, adalah sukar selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Penyandang kerusi Parlimen Iskandar Puteri itu berkata Presiden PKR itu hanya boleh menjadi PM sekiranya berlaku ‘keajaiban politik’ sebagaimana pada PRU-14 lalu apabila PH menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Cabaran terbesar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sama ada Pakatan Harapan boleh berjaya menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh adalah satu cabaran yang sangat besar – sama sukar atau mungkin lebih sukar dengan usaha untuk menumbangkan hegemoni politik UMNO-BN pada PRU- 14.

“Tetapi jika pengundi Malaysia boleh melakukan “keajaiban politik” pada PRU-14, mereka boleh melakukan satu lagi “keajaiban politik” dalam PRU-15 pada 19 November 2022 ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (22 Oktober 2022).

Khamis lalu (20 Oktober), PH secara rasmi mengumumkan Anwar sebagai calon PM, sekiranya gabungan itu menang dalam PRU-15 ini.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemilihan Anwar sebagai calon Perdana Menteri diputuskan selepas mengambil kira beliau sebagai calon yang mampu memulihkan negara daripada krisis ekonomi ketika ini.

Anwar mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Perak, dan dijangka berhadapan dengan penyandangnya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Perikatan Nasional (PN), selain calon BN.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
43 minit lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu· Isu semasa
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
20 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok