Sukar bagi RoS tolak pindaan tarikh pemilihan, perlembagaan UMNO

May 14, 2022 · Politik

Penganalisis politik berpendapat penangguhan pemilihan UMNO adalah relevan untuk memastikan parti itu menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang perlu diadakan sebelum September 2023.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata usul pucuk pimpinan UMNO untuk menangguhkan pemilihan adalah bagi mengelak berlakunya kacau-bilau yang boleh menjejaskan persediaan parti itu menghadapi PRU-15.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata perkara itu cuba direalisasikan melalui Perhimpunan Agung Khas UMNO yang akan berlangsung Ahad ini.

“UMNO tak boleh lagi berpecah. Mereka harus bersatu. Kalau berpecah, ia akan melemahkan lagi UMNO.

“Diharapkan polemik yang berlaku dapat dirungkaikan. UMNO seharusnya menumpukan pada PRU-15 bukan pemilihan.

“Jadi diharapkan ada kesan positif pada perhimpunan khas ini,” katanya pada program Ruang Bicara Bahas terbitan Bernama TV bertajuk ‘PAU Khas: Ke Arah Transformasi Politik Atau Masih di Gelanggang Purba’ malam tadi.

Program itu turut menampilkan Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara Mujibu Abdul Muis, dan Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Profesor Dr Sivamurugan Pandian.

Mohd Azizuddin juga tidak menolak kemungkinan usul penangguhan pemilihan parti, yang sepatutnya diadakan hujung tahun ini, akan mencetuskan polemik kepada UMNO.

“Sekiranya diluluskan sekalipun, ada risiko pihak yang tidak puas hati membawa usul ini ke mahkamah seperti yang berlaku pada pemilihan 1987 yang membawa kepada pengharaman UMNO,” katanya.

Sivamurugan pula berkata sekiranya UMNO melaksanakan segala prosedur perundangan, agak sukar untuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menolak permohonan parti itu untuk meminda perlembagaan bagi menangguhkan pemilihan parti.

“Dalam suasana seperti ini, ROS perlu melihat secara teliti, perhalusi supaya bucu-bucu bocor mungkin boleh dibawa bincang secara musyawarah dengan parti dan tidak dilihat campur tangan politik tertentu.

“Kita tahu dalam konteks untuk kelulusan ini, akan ada pihak yang cuba melangkaui peraturan dan undang-undang. Akan ada pihak yang cuba menidakkan penangguhan pemilihan.

“Dalam konteks ini, ROS harus mempertahan integriti mereka dan pada waktu yang sama, agensi lain juga perlu main peranan menjadi semak dan imbang kepada segala ketetapan yang dilakukan secara teratur oleh parti,” katanya.

Pendapat sama turut dikongsikan oleh Mujibu yang turut tidak menolak wujud kebarangkalian berlaku sabotaj daripada pihak ataupun kumpulan tertentu yang tidak bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti.

“Kita nampak bibit perpecahan UMNO itu sudah ada apatah lagi lepas pemilihan sebelum ini yang menyaksikan bagaimana jawatan yang dipertanding jelas menimbulkan kelompok tertentu,” katanya.

Jika pindaan perlembagaan tidak dilaksana, UMNO perlu mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini. Pemilihan parti terakhir ialah pada 2018.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok