Sudah terbukti Zahid tipu Agong, Nazri cabar Zahid buat pengakuan

July 3, 2021 · Politik

Rakan senior parti, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan penularan dokumen yang dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 11 Jun lalu adalah bukti jelas berlaku penipuan seperti didakwanya sebelum ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu juga sebelum ini mengumpulkan 25 akuan bersumpah (SD) dikalangan Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi melantik Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai wakil jurucakap mereka sekiranya dipanggil Agong, ia selepas mereka hilang kepercayaan terhadap Zahid yang dikatakan memberikan maklumat salah kepada Tuanku.

“Terbukti dokumen yang tular itu membuktikan dakwaan saya sebelum ini Zahid memberikan maklumat salah adalah sahih.

“Dengan pendedahan dokumen ini terbukti Zahid menipu Agong… dia tipu Agong,” katanya kepada Agenda Daily dalam perbualan telefon.

Nazri antara yang terawal membuat dakwaan Zahid menipu Agong semasa pertemuan tempoh hari, ia antaranya memberikan maklumat kononnya Ahli Parlimen BN tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Menteri-Menteri UMNO akan meletak jawatannya.

Mengulas lanjut, Nazri mencabar Zahid untuk membuat pengakuan berhubung dakwaan menipu Agong untuk melihat siapa yang berada di pihak yang benar.

“Saya cabar Zahid untuk membuat pengakuan dalam isu ini, saya akan lawan dia sampai kebenaran tertegak,” katanya lagi.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan tular dalam media sosial satu dokumen dikatakan dibawa Zahid semasa menghadap Agong yang menegaskan UMNO membuat keputusan untuk keluar daripada kerajaan PN sebelum tarikh akhir 1 Ogos ini.

Dokumen tersebut juga mendedahkan Zahid kononnya mendakwa semua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO berikrar untuk meletak jawatan daripada kerajaan PN.

“Patik jelaskan sedikit Tuanku dalam perkara kedua ini. Majlis Tertinggi memutuskan bahawa tarikh akhir untuk UMNO tarik diri daripada Perikatan Nasional ini adalah pada 1 Ogos.

“Sama ada Darurat diteruskan atau pun ditamatkan sebelum itu adalah tarikh akhir. Semua Menteri berjanji dan berikrar letak jawatan daripada kerajaan,” menurut petikan dalam dokumen tersebut.

Untuk rekod, kenyataan dalam dokumen tersebut sama sekali berbeza dengan ketetapan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) lalu, sebaliknya ketetapan yang sebenar adalah kerjasama UMNO dengan Bersatu dalam kerajaan PN hanya akan berakhir selepas Parlimen dibubar.

Ketetapan PAU juga tidak menyatakan tarikh spesifik UMNO akan menarik diri daripada kerajaan PN seperti didakwa Zahid dalam dokumen tersebut.

Awal hari ini, seorang lagi pemimpin senior parti, Datuk Seri Shahidan Kassim juga menggesa supaya Majlis Tertinggi UMNO tidak berdiam diri dan perlu mengambil tindakan terhadap Zahid yang didakwanya sudah melakukan kesalahan dengan melanggar peraturan parti menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terlibat dalam pakatan sulit untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok