Sudah kalah PRU, kini Asyraf gesa singkir pengkhianat dalam UMNO pula

January 12, 2023 · Politik

Pengkhianat yang masih berada dalam UMNO perlu disingkirkan, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pemuda UMNO yang kalah tiga kali dan terbaharu kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membuat gesaan tersebut bagi memastikan parti tidak berpecah pada masa akan datang walaupun punca kekalahan sebenar adalah disebabkan kedegilan pemimpin UMNO itu sendiri.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan, tindakan itu perlu diambil kerana kelompok itu berisiko menimbulkan lebih banyak perpecahan parti di masa akan datang.

“Realitinya 2018 kita kalah kerana fitnah dan 2022 kita kalah kerana berpecah. Sedarlah, ini adalah ulangan kepada ibrah peperangan yang asalnya kita menang tapi kerana kita culas mentaati perintah pemimpin.

“Taati perintah pemimpin tatkala susah mahupun senang, mempertahankan pemimpin sama ada yang kita suka ataupun dibenci. Pemuda UMNO tidak pernah berganjak dengan pendirian untuk terus mempertahankan institusi kepimpinan parti without fear or favor.

“Pemuda UMNO tidak boleh bersikap hipokrit melambung pemimpin tatkala menang tapi memijak lumat pemimpin tatkala jatuh kecundang. Justeru, Pemuda UMNO mendesak agar saki baki pengkianat parti yang selama ini menjadi api dalam sekam gunting dalam lipatan, mengutamakan diri dari parti agar disingkirkan terus daripada menjadi barah yang merosakkan seluruh organ dan jasad parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Pada masa sama, katanya, masih wujud api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut berada dalam parti sehingga ke hari ini.

“Mereka berkempen dalam PRU-15 dengan cara mengutuk parti dan presidennya sendiri. Tak pernah terbayang dek akal kita bagaimana pemimpin sudah berpuluh-puluh tahun hidup mewah di atas keringat dan air mata ahli parti tetapi kali ini memilih memburukkan parti dan kepimpinan hanya kerana mereka tidak lagi menjadi calon.

“Sesetengah calon pula memilih menjadi hero dengan mencerca parti sendiri. Dijaja kononnya mengundi beliau bermakna undi untuk memulihkan UMNO yang sesat, rosak dan korup seolah-olah dia lah satu-satunya paling suci, paling sempurna dan paling hebat segala-galanya.

“Apa hodoh sangatkah UMNO yang menatang mereka sehingga sesetengahnya dapat beberapa kali jadi menteri. Apa busuk sangatkah kepimpinan kalau mereka berulang-ulang kali khianat masih diberi tempat oleh parti,” katanya.

Justeru, katanya, jika golongan itu terus wujud dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN), ia dikhuatiri menjejaskan lagi kedudukan parti di masa akan datang.

“Bagaimana rakyat nak percaya UMNO dan BN mampu memimpin negara. Bagaimana rakyat nak yakin bahawa kita boleh bawa kestabilan jika pemimpin atasan hanya sibuk bercakaran. Bagaimana rakyat nak mengundi BN jika kita sendiri berpecah belah, saling kata mengata kluster itu..kluster ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
6 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
17 jam lalu· Isu semasa
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
17 jam lalu· Politik
PM dan pemimpin PH bermesyuarat di ibu pejabat UMNO, Asyraf Wajdi sambut
18 jam lalu· Politik
Popular
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
February 7, 2023
Lagi Politik terkini
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
21 minit lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
2 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
3 jam lalu · Politik
PH, BN bergabung hadapi PRN
13 jam lalu · Politik
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok