SUA Pejabat Anwar kalah kes saman, kena bayar Yusoff Rawther RM200 ribu

October 19, 2022 · Politik

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memutuskan seorang Setiausaha Akhbar (SUA) di Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah berhubung kes saman fitnah yang dibuat terhadap bekas Pembantu Penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.

Tunku Nashrul Tunku Abaidah yang bekerja sebagai SUA di Pejabat Anwar itu disaman Muhammed Yusoff sebelum ini selepas mengeluarkan kenyataan media pada 10 Jun 2019 yang memfitnahnya dalam isu kes serangan seksual di kediaman ahli politik itu empat tahun lepas.

Dalam satu kenyataan Tetuan Haniff Khatri, peguamcara mewakili Muhammed Yusoff berkata keputusan itu diputuskan pada hari ini di hadapan Hakim Datuk Ishak Bakri.

“Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Datuk Ishak Bakri telah memutuskan bahawa plaintif telah berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan dan kesemua pembelaan yang dibangkitkan oleh defendan adalah gagal dan tidak diterima oleh Mahkamah,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam keputusan hari ini, Hakim Ishak antara lain memutuskan:

a) Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif jumlah gantirugi am berjumlah RM200,000.00;

b) Faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah RM200,000.00 bermula dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian penuh

c) Defendan diperintahkan untuk menarik balik Kenyataan Media tersebut dalam tempoh 45 hari dari tarikh Penghakiman

d) Defendan diperintahkan untuk menerbitkan suatu notis permohonan maaf kepada Plaintif dengan kandungan notis permohonan maaf yang dipersetujui dan disahkan oleh Plaintif sebelum notis permohonan maaf diterbitkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh Penghakiman

e) Perintah injunksi larangan dikeluarkan terhadap Defendan untuk tidak mengulangi tuduhan atau tuduhan yang sama ke atas Defendan;

f) Kos perbicaraan sebanyak RM25,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif.

Untuk rekod, Tunku Nashrul dalam kenyataan media sebelum ini didakwa memfitnah plaintif dengan menuduh antara lainnya:

1) Pengadu merupakan penyelidik sukarela dan mempunyai masalah disiplin dan dadah.

2) Beliau sudah dibuang kerana masalah yang dilakukan.

3) Saksi di pejabat memaklumkan individu tersebut mempunyai kecederaan lampau dan bukannya disebabkan insiden seperti yang dituduh.

4) Saksi di pejabat juga memberitahu individu terbabit masuk ke premis tanpa izin pada hari kejadian.

5) Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku seperti yang diperkatakan individu terbabit.

6) Wakil pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melakukan laporan polis terhadap individu tersebut.

Sebelum ini, Muhammed Yusoff mendakwa diserang Anwar pada 2 Oktober 2018 di kediamannya di Segambut apabila beliau diminta oleh Setiausaha Sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India.

Muhammed Yusoff, yang meletak jawatan pada 24 Jun 2019, berkata satu laporan polis telah dibuat terhadap Anwar pada 7 Disember 2019.

Susulan itu, Muhammed Yusoff juga bertindak menyaman Anwar bagi menuntut ganti rugi terhadap insiden yang dilaluinya.

Berita berkaitan
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023· Isu semasa
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Popular
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
9 jam lalu · Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
9 jam lalu · Politik
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
14 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
15 jam lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok