Strategi pertembungan tiga penjuru menjadi, UMNO intai kemenangan besar PRU

November 23, 2021 · Politik

Selepas melakukan uji kaji sejauh mana pertembungan tiga penjuru bakal memberi kesan dalam keputusan pilihan raya umum (PRU), UMNO kini mengintai kemenangan yang lebih besar untuk menguasai kerajaan pusat secara dominan.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanyalah platform umpama sebuah ‘makmal’ untuk melihat sejauh mana pertaruhan UMNO akan membuahkan hasil atau sebaliknya, ia ternyata senario pertembungan tiga penjuru memberi mereka kelebihan.

Strategi UMNO menjadi, penubuhan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS sebenarnya adalah langkah awal sebelum kemudiaannya memerangkap blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) untuk bersetuju menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kemudiaan, UMNO menggunakan alasan penyatuan ummah khususnya dikalangan orang Melayu dengan menarik Bersatu untuk keluar daripada gabungan PH dan membentuk sebuah kerajaan yang majoritinya kaum bumiputera bersama-sama rakan parti di Sabah dan Sarawak.

Muhyiddin kemudiaan membentuk Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai PAS, Gerakan, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Bagaimanapun, langkah penubuhan PN tidak disenangi UMNO yang dilihat sebagai saingan kepada Barisan Nasional (BN), jadi tidak hairanlah serangan demi serangan dihalakan kepada PN khususnya Muhyiddin sehingga menyebabkan didesak meletak jawatannya.

Klimaks kepada serangan tersebut adalah apabila Anwar diperalat dan dipergunakan anak muridnya dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakannya, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pakatan bersama menjatuhkan kerajaan PN dipimpin Muhyiddin.

Zahid menipu cikgunya dan Ismail Sabri diangkat menjadi PM kesembilan, Anwar sekali lagi kempunan untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

Lebih tidak masuk akal lagi apabila PH sebelum ini kuat menentang salah guna dan penyelewengan kuasa pula sanggup melihat UMNO kembali berkuasa, seakan merelakan seorang PM daripada UMNO menjadi PM berbanding Muhyiddin yang tidak terpalit dengan sebarang kontroversi.

Langkah memberi UMNO kuasa dominan di Putrajaya adalah kesilapan besar PH dan Anwar yang beranggapan parti lawannya itu sudah berubah tetapi sangkaan mereka itu meleset, lihat kini apa yang berlaku kepada senario politik negara.

Satu persatu kumpulan kluster mahkamah diberikan keistimewaan dan terbaharu isu hadiah tanah RM100 juta diberikan kepada Najib. Jadi adakah UMNO sudah berubah apabila mendapat kuasa seperti yang disangkakan oleh Anwar dan PH?

Dalam krisis politik Melaka, walaupun UMNO dilihat menjadi punca tetapi pengundi masih memberikan mereka satu kemenangan besar, malah memperoleh majoriti dua pertiga.

UMNO sengaja mencipta krisis di Melaka, kerjasama diperingkat kerajaan pusat tidak dihiraukan apabila UMNO enggan berunding pembahagian kerusi dengan PAS dan Bersatu walhal Kabinet dipimpin Ismail Sabri ketika ini adalah hasil sokongan kedua-dua parti tersebut.

Hasilnya, UMNO berjaya mewujudkan situasi pertembungan tiga penjuru dan keengganan bertolak-ansur dalam pembahagian kerusi adalah cerminan sebenar sikap angkuh dan sombong parti tersebut yang tidak pernah berubah.

Pertembungan tiga penjuru adalah perjudian besar UMNO dan strategi itu ternyata berkesan kerana pengundi yang tidak menyokong mereka sudah terpecah kepada dua kumpulan.

Apabila undi terpecah, UMNO dan BN berjaya memperoleh kemenangan walaupun majoriti di setiap kawasan ditandingi rendah tetapi yang penting adalah meraih kemenangan, itu yang lebih utama dan bukan berapa banyak undi yang peroleh.

Bahkan sekiranya dicampur dengan jumlah undi yang diperoleh PN dengan PH, sudah pastinya BN tidak akan mendapat kemenangan sama sekali.

Namun, akibat pertembungan tiga penjuru kelebihan memihak kepada BN kerana mempunyai pengundi yang totok dan setia kepada mereka yang tidak berganjak.

Mengambilkira sampel kejayaan dalam PRN Melaka, UMNO dan BN kini mengintai strategi sama dengan memastikan pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi Parlimen yang ditandingi dengan harapan ia akan membawa hasil yang sama seperti di Melaka.

UMNO dan BN begitu yakin dengan strategi mengheret semua parti yang ada di Malaysia masuk bertanding sehingga mewujudkan pertembungan banyak penjuru bakal memberi mereka kelebihan.

Jika dalam PRN Melaka, UMNO dan BN berjaya memperoleh majoriti dua pertiga maka tidak mustahil untuk mereka mengulangi kejayaan sama tetapi mereka perlu memastikan wujud pertembungan tiga penjuru dalam setiap kerusi Parlimen ditandingi.

Hanya dengan strategi pertembungan tiga penjuru, UMNO dan BN akan mampu meraih kemenangan besar.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok