Strategi ‘beli’ ahli parti lumrah musim PRU, kata Wan Saiful

October 26, 2022 · Politik

Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) tidak hairan apabila pada musim Pilihan Raya Umum (PRU) ini akan ada ahli parti politik yang akan bertindak keluar dan mula memberi sokongan kepada parti lain.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan ‘membeli’ petugas atau tokoh tertentu daripada mana-mana parti komponen PN sekarang ini adalah lumrah setiap kali PRU hendak diadakan.

“Saya tidak terkejut kalau sekiranya dalam masa dua tiga minggu yang akan datang ini akan ada percubaan untuk membeli petugas-petugas dan tokoh-tokoh tertentu daripada mana-mana parti komponen PN.

“Ini strategi biasa yang digunakan dalam hampir setiap pilihan raya. Ada saja pilihan raya akan adalah orang keluar parti. Disebut konon-konon nak protes. Yang terkini berlaku pada kami dalam Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful berkata Ketua Bersatu bahagian Padang Terap mengumumkan eluar parti dan antara perkara yang disebut dalam pengumuman itu adalah bahawa dia tak puas hati disebabkan tidak mendapat peruntukan.

“Dan yang bestnya dalam pengumuman yang sama dia sebut bahawa dia sekarang ini menyokong UMNO dan BN.

“Ini menimbulkan persoalan. Kalau rungutannya ialah mengenai tak dapat peruntukan, tiba-tiba sokong UMNO dan Barisan Nasional, banyak mana peruntukan yang kamu dapat dan ini satu perkara yang kita kena hati-hati.

“Dalam kita bawa agenda perjuangan ini kita kena sentiasa ingat bahawa harta dan kuasa bukan satu perkara yang akan kekal selama-lamanya,” katanya.

Sementara itu, Wan Saiful berkata rakyat Malaysia tahu bahawa agenda DAP yang membawa ideologi berhaluan kiri tidak sesuai dengan situasi masyarakat majmuk dan harmoni dalam negara.

“Difahamkan, DAP sedang mengatur calon Melayu untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya kali ini.

“Letaklah calon DAP mana sekalipun, hakikatnya mereka tetap mewakili suara dan pemikiran DAP,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
8 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
8 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
8 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
8 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
11 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok