Status Facebook Anwar sepi sejak keluar Istana Negara semalam

August 18, 2021 · Politik

Jika sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sering aktif dalam mengeluarkan status dan kenyataan-kenyataan media di Facebook, namun sejak keluar Istana Negara semalam tiada sebarang kemaskini terbaharu dalam ruang media sosialnya tersebut.

Anwar antara pengguna Facebook tegar seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kebiasaannya setiap hari akan mengemaskini laman rasminya itu dengan pelbagai kenyataan sama ada mengkritik kerajaan atau berbicara mengenai soal isu rakyat tetapi kini senyap seribu bahasa.

Tidak pasti Anwar begitu sepi dalam ruang Facebooknya, semakan Agenda Daily kali terakhir kemaskini adalah 20 jam lalu sejak keluar dari pintu Istana Negara.

Anwar sangat mengharapkan dapat menjadi Perdana Menteri (PM) baharu selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun jumlah angka majoritinya kini difahamkan tidak mencukupi.

Malah, UMNO dan Perikatan Nasional (PN) juga sudah mengemukakan calon tunggal mereka sebagai PM baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan difahamkan memiliki majoriti 115 Ahli Parlimen setakat ini.

Anwar setakat ini tidak mendedahkan jumlah sokongan dimilikinya kepada umum.

Ketika ini, masih samar-samar individu yang memiliki majoriti terbesar untuk dilantik sebagai PM baharu.

Anwar kini juga sedang merayu supaya semua parti-parti dalam blok pembangkang menyokongnya sebagai calon PM baharu, namun majoriti dimilikinya menjadi pertikaian.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok