Srikandi serah senarai calon PRU-15 minggu depan: Mas Ermieyati

October 16, 2022 · Politik

Senarai nama calon Srikandi Bersatu untuk dipertimbangkan bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diserahkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, minggu depan.

Mereka yang disenaraikan adalah dalam kalangan profesional dan berkaliber, bukan setakat ahli Srikandi yang berusia lebih 35 tahun, malah dalam kalangan pemimpin Srikandi Muda yang berusia kurang 35 tahun.

Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau diamanahkan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun untuk melengkapkan senarai nama sebelum dibincangkan dalam kalangan pemimpin tertinggi sayap berkenaan.

“Kami akan bincang dan bawa kepada Presiden Bersatu antara esok hingga hujung minggu untuk dimuktamadkan. Oleh sebab ada beberapa negeri tidak bubar Dewan Undangan Negeri (DUN), jadi nama itu setakat babit negeri yang bubar DUN, selain peringkat Parlimen,” katanya, lapor Berita Harian.

Mas Ermieyati yang juga penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, berkata, calon Srikandi bukan setakat profesional, malah komited untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat sama ada di DUN atau Parlimen, selain sumbangan kepada usaha Bersatu untuk menang PRU-15.

Enggan mendedahkan jumlah nama itu, beliau berkata, meskipun baharu berusia enam tahun, Bersatu komited untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti melalui konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum tanpa mengabaikan kepentingan Bumiputera.

“Saya yakin calon Srikandi akan turut diberikan keyakinan oleh pengundi untuk mewakili rakyat di DUN dan Parlimen kerana selama ini pun, wakil rakyat Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sudah membuktikan kemampuan berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu disebut-sebut sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah pada PRU15 tidak lama lagi.

Sebelum ini, Mas Ermieyati dilaporkan berkata, jika diberikan keyakinan untuk memikul tugas berkenaan, beliau sedia menghadapi cabaran calon lawan, termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang disebut-sebut bakal mewakili BN di kerusi Parlimen itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
1 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
46 minit lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok