SPRM, polis, insolvensi sedang halusi senarai calon PN, kata Muhyiddin

October 28, 2022 · Politik

Semua senarai calon Perikatan Nasional (PN) sekarang ini sedang melalui tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, Jabatan Insolvensi dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sehubungan itu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin gabungan Bersatu, PAS, Gerakan, SAPP dan STAR, akan dapat mengumumkan senarai calonnya sama ada 2 atau 3 November depan, dua hari sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Menurutnya parti komponen dalam PN sudah selesai melakukan rundingan pembahagian kerusi dan akan mengumumkan calonnya pada 2 atau 3 November nanti.

“PN akan bertanding sekurang-kurangnya tiga perempat daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU-15 akan datang.

“Senarai calon yang telah dikemukakan parti komponen ketika ini sedang ditapis polis, Jabatan Insolvensi, SPRM dan LHDN.

“Saya yakin proses tapisan akan selesai dalam beberapa hari akan datang dan kemungkinan besar kita akan membuat pengumuman pada 2 atau 3 November ini,” katanya pada sidang media di Parlimen Pagoh, hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata tempoh itu akan memberi masa kepada calon untuk membuat persediaan menjelang hari penamaan calon.

“PN telah memutuskan bahawa walaupun terdapat 222 kerusi Parlimen, kita tidak akan bertanding di semua kerusi berkenaan, tetapi sekurang-kurangnya tiga perempat daripadanya.

“Perincian lanjut mengenai perkara berkenaan akan diumumkan kemudian. Pada masa ini, PN sedang memuktamadkan kerusi yang kita mempunyai peluang lebih baik untuk menang,” katanya.

Pada masa sama beliau juga menyeru pengundi memilihnya buat kali terakhir bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada PRU-15, 19 November depan.

“Terdapat ramai golongan muda berkaliber dalam Perikatan Nasional (PN) khususnya BERSATU yang boleh mengambil alih tugas dan tanggungjawab,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
2 jam lalu· Isu semasa
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
2 jam lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
3 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
4 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
6 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
22 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok