SPR tangguh PRN Sarawak

Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 tamat tempoh hari ini 6 Jun 2021.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual diadakan tahun ini walaupun hari ini adalah hari terakhir penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, penangguhan itu susulan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari lalu dan mengikut peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak hendaklah diadakan pada tarikh difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata SPR hari ini telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung tamat tempoh DUN yang ke-18.

“Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menerima pemakluman rasmi daripada YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 6 Jun 2021 berhubung dengan tamat tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-18,” katanya.

Bagaimanapun mengikut Seksyen 13 dan Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, kuasa untuk memanggil, memprorog dan membubarkan DUN Sarawak tidak mempunyai kesan, sebaliknya akan ditetapkan pada tarikh lain.

Berdasarkan Perlembagaan Negeri, penggal DUN semasa berakhir selepas 6 Jun 2021 iaitu cukup tempoh lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya diadakan.

POPULAR
Ahli UMNO nafi tapi MP PKR yakin Jajaran Harapan bakal terbentukJune 13, 2021
Kabinet PN paling tenang, bersemangat terus bekerja: Annuar MusaJune 13, 2021
DAP mesti bekerjasama dengan UMNO untuk menang PRU15 nantiJune 13, 2021
UMNO tetap kena terima ‘Jeneral Anwar’June 10, 2021
Jajaran Harapan UMNO, PH semakin kuat bunyinya? Kata PAS JohorJune 12, 2021
Jika diburukkan UMNO tuding Bersatu, kenapa musuh lain tidak?June 13, 2021