Spekulasi Azmin jumpa PKR hanya rekaan cetus keraguan, kesangsian

June 21, 2022 · Politik

Dakwaan kononnya Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan dua wakil PKR berkaitan rancangan untuk kembali kepada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya rekaan untuk menimbulkan keraguan dan kesangsian.

Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Selangor Muhammad Hilman Idham berkata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu telah menegaskan akan meneruskan perjuangannya bersama Bersatu.

Serentak itu, beliau juga menafikan Azmin mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mana-mana pemimpin PKR sebagaimana dilaporkan media yang dipengaruhi parti itu.

Menurutnya kenyataan media Azmin beberapa hari lalu telah menegaskan bahawa beliau komited terhadap perjuangan Bersatu sebagai satu wadah politik dan akan terus menyemarakkan idealisme Bersatu.

“Azmin dengan tegas dan berprinsip telah menyatakan bahawa akan memberikan tumpuan untuk bersama kepimpinan Bersatu melaksanakan dasar prihatin rakyat, mencerdaskan pemulihan dan menjamin pertumbuhan ekonomi yang lestari.

“Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mana-mana pemimpin PKR di seperti yang dilaporkan oleh portal media yang dipengaruhi PKR sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hilman yakin spekulasi kononnya Azmin mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKR itu direka sebagai strategi jahat untuk menimbulkan keraguan dan kesangsian dalam kalangan anggota Bersatu dan PN terhadap komitmen beliau.

“Sesungguhnya, Azmin dan kami, pimpinan dan anggota yang dipecat sebelum ini dari PKR oleh pemimpin diktator, tidak langsung berminat untuk bersama parti yang mendewakan manusia rakus tanpa hala tuju untuk memelihara kebajikan rakyat.

“Kami akan terus mempertahankan panji-panji Bersatu dan PN demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya.

Berita berkaitan
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
11 jam lalu· Politik
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
19 jam lalu· Politik
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
21 jam lalu· Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
July 2, 2022· Politik
Popular
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
July 3, 2022
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
July 3, 2022
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
9 jam lalu · Politik
PH belum muktamadkan agihan kerusi pada PRU-15
12 jam lalu · Politik
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
12 jam lalu · Politik
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
12 jam lalu · Politik
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok