Spekulasi ADUN Warisan keluar parti dinafikan Shafie Apdal

December 13, 2022 · Politik

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahu meninggalkan parti itu.

Spekulasi tercetus susulan khabar angin mengatakan beberapa ADUN parti tersebut bakal meninggalkan parti untuk menyertai kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas sokongan diberikan parti itu kepada kerajaan pusat Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

“Warisan kekal utuh. Khabar angin dan cakap-cakap mengenai kononnya ada ADUN Warisan yang mahu keluar parti ditimbulkan semula sebagai percubaan berniat jahat pihak tertentu untuk melemahkan dan menjatuhkan Warisan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Warisan telah mengadakan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pagi tadi yang turut dihadiri wakil rakyat parti itu.

“Semua ADUN Warisan mengulangi kesetiaan tidak berbelah bahagi mereka kepada parti,” katanya sambil menambah AMT dan wakil rakyat parti itu juga sebulat suara menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ini, Warisan mempunyai 19 ADUN di Sabah dan satu di Selangor serta tiga Ahli Parlimen.

Dalam kenyataan berasingan, ADUN Darau Azhar Matussin yang juga AMT Warisan menyangkal dakwaan kononnya beliau bersama enam lagi wakil rakyat akan meninggalkan parti itu.

“Ini hanya sekadar mainan politik sekali gus sengaja menimbulkan isu untuk mengelirukan rakyat khususnya di peringkat akar umbi, semua ADUN Warisan berada di belakang Presiden,” katanya.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Saya biasa telefon orang bawahan untuk urusan kerja: Agus
November 18, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok