Speaker Parlimen nafi keluar surat beritahu PM tiada majoriti

August 11, 2021 · Politik

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan berita yang didakwa disiarkan laman sesawang Suara.TV bertajuk ‘Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen’.

Azhar dalam satu kenyataan hari ini menyangkal laporan palsu tersebut, sekali gus menafikan beliau ada mengeluarkan sebarang surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya merujuk kepada berita portal Suara.TV pada hari ini bertajuk “Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen” yang memaklumkan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah hilang majoriti.

“Saya tidak keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan. Itu berita palsu,” tegas beliau.

Pada masa sama pihak Suara.TV juga menafikan laman sesawang itu menyiarkan berita berkenaan.

Dalam penafiannya hari ini, halaman Editorial Suara.TV menafikan pernah mengeluarkan artikel ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen’ seperti yang tular di aplikasi Whatapp dan media sosial yang lain.

“Adalah dinyatakan, artikel yang tular menggunakan logo Suara.TV adalah palsu dan berniat jahat,” katanya.

Difahamkan, berita palsu itu muncul tatkala tular laporan mengatakan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti di dalam Perikatan Nasional (PN) petang ini.

Berita berkaitan
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
13 jam lalu· Politik
Usul bahas isu ekonomi dan kejatuhan ringgit ditolak Dewan Rakyat
14 jam lalu· Isu semasa
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
15 jam lalu· Politik
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
October 3, 2022
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
October 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
11 jam lalu · Politik
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
12 jam lalu · Politik
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
16 jam lalu · Politik
Zahid kata keputusan pecat dan gantung ahli supaya UMNO harmoni
16 jam lalu · Politik
Kalau tak semua mungkin tempat tertentu, PAS berunding kerusi dengan UMNO
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok