Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas

August 14, 2022 · Politik

Parti Sarawak Bersatu (PSB) hilang satu kerusi selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How mengumumkan menjadi wakil Bebas, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar.

Mohamad Asfia berkata See telah menghantar sepucuk surat kepadanya pada Jumaat lepas (12 Ogos), yang memaklumkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli PSB berkuat kuasa serta-merta tanpa menyatakan sebarang alasan, lapor Bernama.

Menurut beliau keputusan See itu menjadikan PSB kini tinggal tiga kerusi, manakala DAP kekal dua, Gabungan Parti Sarawak (76 kerusi) dan Bebas (satu kerusi).

“Dalam surat itu, beliau (See) tidak menerangkan mengenai alasan meletakkan jawatan dalam parti itu. Kita terima (keputusannya) dan kita akan susun semula barisan pembangkang (dalam DUN).

“Dia tak melompat (parti) dari PSB ke parti lain tetapi dia hanya meletak jawatan (dalam PSB dan bergerak) sebagai (wakil) Bebas,” katanya dalam sidang media di bangunan DUN hari ini.

Mohamad Asfia berkata menerusi surat itu, ADUN Batu Lintang berkenaan memaklumkan beliau akan kekal berkhidmat untuk penduduk kawasannya dan semua rakyat Sarawak meskipun bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.

Menyifatkan wakil rakyat itu sebagai disenangi, bijaksana dan cekap, Mohamad Asfia yakin See yang merupakan ahli Jawatankuasa Perundingan dalam menasihati Dewan berhubung Perjanjian Malaysia 1963, dapat terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ADUN dengan baik.

Dalam pada itu, Mohamad Asfia berkata persidangan ketiga DUN negeri itu dijangka berlangsung pada November ini.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak lepas, See mempertahankan kerusi N11 Batu Lintang selepas memperoleh 4,420 undi menewaskan calon GPS, Sih Hua Tong yang memperoleh 4,327 undi, Cherishe Ng (PKR) 1,823 undi, Voon Lee Shan Parti Bumi Kenyalang (PBK) 1,570 undi dan Alex Leong Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) 187 undi.

Berita berkaitan
RUU Anti Lompat Parti diluluskan di DUN Sabah, Hajiji lega
May 25, 2023· Politik
UMNO belum tahu kerusi yang akan ditandingi di P. Pinang, masih berunding
May 22, 2023· Politik
Saya masih berpegang dengan keputusan untuk berehat: Azmin
May 22, 2023· Politik
Kalimah Allah: Tak cerdik bawa kes yang tak akan menang, kata PM
May 19, 2023· Isu semasa
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
9 jam lalu · Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
9 jam lalu · Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
11 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
11 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok