Speaker DUN Melaka nafi minta ‘nyawa’ daripada DAP

October 9, 2021 · Politik

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan meminta ‘nyawa’ daripada DAP bagi menyelamatkan kerajaan UMNO negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu mendakwa rundingannya dengan DAP, beberapa jam sebelum kerajaan negeri tumbang setelah kehilangan majoriti, hanya menyentuh usaha menterjemah memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pada peringkat Pusat.

Menurutnya rundingan dengan Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew pada malam 3 Oktober lalu bukan seperti dilaporkan beliau meminta ‘nyawa’ daripada DAP.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata pada sidang DUN bulan lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah menawarkan perkara sama kepada pembangkang yang disifatkan sebagai rakan strategik.

“Jadi untuk mengatakan saya minta nyawa daripada DAP, tidak berlaku sama sekali. Kerana apabila saya melihat bentuk badan dan persembahannya, beliau tidak ingin mengadakan apa juga perbincangan.

“Saya selaku pejuang UMNO sama sekali tidak mengizinkan negeri ini kembali diperintah Pakatan Harapan. Apatah lagi saya tidak meminta nyawa daripada beliau, untuk saya menggadaikan UMNO ini kepada DAP,” katanya.

Memetik laporan Utusan, Rauf berkata DAP bagaimanapun enggan menerima tawaran tersebut, meskipun sudah mengakui menerimanya ketika sidang DUN berlangsung.

Rauf juga mempersoalkan, mengapa dirinya dipersalahkan selepas mendedahkan hal berkenaan, sedangkan individu yang sepatutnya bertanggujawab adalah kelompok mereka yang berpaling tadah.

“Kenapa saya dipersalahkan? Kenapa tak persalahkan mereka yang meruntuhkan kerajaan negeri? Yang bersama DAP tidak dipersalahkan? Saya cuba menyelamatkan negeri ini, saya bukan menyelamatkan DAP,” katanya.

Berita berkaitan
SPR tentukan tarikh penting PRK DUN Jepak pada 25 Sept
September 19, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP dilantik Speaker Selangor, tuntutan kepada UMNO ditunai
September 19, 2023· Politik
Kalah tapi ada peningkatan undi, calon PN di Simpang Jeram berpuas hati keputusan
September 10, 2023· Politik
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023
Lagi Politik terkini
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
16 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
16 jam lalu · Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
22 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok