Speaker dan Timbalan naik gaji tinggi daripada ADUN di Sabah, Shafie pertikai

July 20, 2022 · Politik

Kenaikan gaji Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang lebih tinggi dipertikaikan Ketua Pembangkang Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie yang juga Presiden Warisan itu mempersoalkan mengapa gaji Speaker dan Timbalan naik lebih tinggi berbanding kenaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) walhal mereka tidak ada kawasan untuk dijaga.

“Tentang perkara ini, saya melihat perlu dijelaskan apa formula digunakan tentang kenaikan gaji. Kalau nak spesifik untuk Speaker, Timbalan Speaker naik RM5,000, Dewan Negeri (ADUN) naik RM3,000.

“Apa asas yang kita gunakan kalau persolan dia untuk kepentingan rakyat (kerana) Speaker, Timbalan Speaker tidak ada kawasan yang nak dijaga, naik RM5,000, yang DUN naik RM3,000 saja yang banyak kawasan dia,” katanya dipetik laporan semasa sidang DUN Sabah.

Semalam, DUN Sabah sudah meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 bagi kenaikan emolumen atau gaji ADUN dan anggota pentadbiran DUN Sabah.

Kenaikan gaji itu merangkumi gaji Ketua Menteri, Timbalannya, Menteri, Speaker, Pembantu Menteri, Timbalan Speaker, ADUN dan Setiausaha Politik.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah mengakui pada waktu pentadbirannya memang ada cadangan untuk menaikkan gaji berkenaan, namun ketika itu negara tidak berhadapan dengan krisis yang dihadapi kini.

“Saya tahu ADUN-ADUN memerlukan kewangan yang ada tetapi cuma saya nak bangkitkan adakah ini masa yang sesuai kerana saya tahu perkara ini membimbangkan di peringkat akar umbi.

“Saya tahu bebanan banyak, bukan tidak banyak bebanan dia tapi saya berharap sungguh apa yang saya soalkan tadi itu, formula apa yang kita gunakan, kaedah apa yang kita gunakan,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu berkata, walaupun kerajaan negeri mempunyai hasil yang banyak ketika ini berikutan peningkatan hasil daripada kutipan cukai dan royalti, namun dalam keadaan ekonomi yang semakin membebankan rakyat ia tidak sesuai dilaksanakan.

“Saya tahu banding dengan negeri-negeri lain, gaji ADUN Sarawak dan menteri jauh lebih besar daripada kita tetapi adakah perkara ini sesuai atau tidak dalam keadaan ekonomi yang semakin membebankan rakyat, hutang negara semakin meningkat.

“Saya sebenarnya tidak setuju dengan apa yang dilakukan ini,” katanya.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok