Speaker campur tangan pentadbiran negeri punca tarik sokongan: Idris

October 5, 2021 · Politik

Bekas EXCO Melaka Datuk Seri Idris Haron menuduh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengikut telunjuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, punca krisis politik di negeri itu.

Ia sekali gus menjadi punca empat wakil rakyat menarik balik sokongan mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) Melaka pimpinan UMNO.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sungai Udang antara empat yang menarik sokongan itu. Tiga yang lain ialah Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata Sulaiman sering mengikut arahan Rauf sebelum membuat sebarang keputusan sehingga keadaan ini mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kepemimpinan kerajaan negeri.

Untuk rekod, Rauf bukan antara 28 ADUN Melaka, tetapi dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah BN mengambil alih kepimpinan daripada Pakatan Harapan (PH) apabila ADUN memberi sokongan kepada BN.

Bercakap pada sidang media di sebuah hotel di Melaka hari ini, Idris berkata Rauf tidak sepatutnya mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri dengan memberi arahan kepada Sulaiman sepanjang masa.

“Saya tidak marah kepada UMNO, tetapi saya marah kepada pemimpin yang menjejaskan pimpinan kerajaan negeri. Saya juga tiada masalah dengan Sulaiman.

“Kita ada 10 orang Exco tetapi amat malang bagi sebuah negeri maju seperti Melaka, bila ada dua orang terpaksa membuat satu keputusan.

Idris melihat Sulaiman amat menghormati rakan-rakan, namun beliau tidak faham apabila Ketua Menteri terpaksa mengikut arahan Speaker DUN setiap masa.

“Bagaimana Speaker boleh duduk di kerusi (Exco) yang kita ada ini? Ini bakal merosakkan keharmonian negeri Melaka,” katanya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Takut dengan PN sampai sekat video TikTok, sindir Ahli Parlimen Sik
December 11, 2022
Selesai kos sara hidup, bukan tak perlu tampal roadtax: Muhyiddin
February 11, 2023
Pemimpin utama UMNO berkumpul di villa milik Rauf sebelum ke penamaan calon
November 8, 2021
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023 · Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok