SOP PRN Johor: SPR benar kempen bersemuka

February 18, 2022 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam kenyataan malam ini, SPR memaklumkan ceramah, syarahan dan kempen hanya dibenarkan diadakan di pejabat parti dan bilik gerakan rasmi parti dengan jumlah kehadiran tidak lebih 100 individu.

Bagaimanapun SPR tidak membenarkan ceramah atau syarahan diadakan di premis terbuka atau tempat umum serta sebarang bentuk hiburan semasa berkempen.

“Jumlah kehadiran ceramah, syarahan dan kempen tidak boleh melebihi 100 orang, termasuk penganjur, urusetia, penceramah dan peserta dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain dan memakai pelitup muka,” kata SPR.

Kenyataan itu juga menyebut hanya individu yang telah lengkap vaksinasi Covid-19 sahaja dibenarkan hadir pada ceramah, syarahan dan kempen itu, dengan penganjur perlu menyediakan kaunter saringan kesihatan untuk menyemak bilangan kehadiran, status vaksinasi, saringan gejala seperti batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas.

Peserta bergejala tidak dibenarkan masuk, manakala semua yang hadir perlu mengimbas QR Kod MySejahtera atau mencatat kehadiran di dalam buku yang disediakan (nama, nombor telefon, gejala dan masa).

Antara lain SPR juga:

  • Mewajibkan semua urus setia, penceramah dan peserta untuk sentiasa memakai pelitup muka;
  • Mengawal pintu masuk dan kehadiran peserta ke dalam pejabat parti atau bilik gerakan parti dengan hanya memastikan satu laluan untuk masuk dan satu laluan untuk keluar;
  • Menyusun dan menanda kedudukan peserta di dalam ruang pejabat parti atau bilik gerakan parti yang digunakan untuk ceramah itu dengan memastikan penjarakan fizikal 1 meter antara susunan tempat duduk.
  • Penganjur perlu mendapatkan permit dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ceramah/syarahan/kempen diadakan, dengan tarikh, masa dan tempat ceramah/syarahan/kempen hendaklah dinyatakan dalam permit untuk memudahkan pihak polis membuat pemantauan; dan
  • Tempoh setiap sesi ceramah/syarahan/kempen hanya dibenarkan selama dua jam dan tidak melebihi jam 10 malam.

Sementara itu, SPR juga membenarkan kempen ziarah rumah ke rumah sepanjang tempoh pilihan raya dengan disertai oleh tidak melebihi lima orang. Namun perlu mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain dan pemakaian pelitup muka.

SPR juga tidak membenarkan ahli yang berkempen untuk masuk ke dalam rumah atau berjumpa dengan ahli rumah, manakala sebarang aktiviti mengedarkan risalah atau pamphlet hendaklah dilakukan di luar pagar dengan sentiasa memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

Individu yang sedang menjalani kuarantin sama ada kes positif atau kontak rapat serta yang bergejala tidak dibenarkan turut serta dalam kempen rumah ke rumah itu.

Aktiviti secara walkabout sepanjang tempoh pilihan raya adalah DIBENARKAN. Namun perlu mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain dan pemakaian pelitup muka. Walkabout hanya boleh disertai oleh lima peserta atau kurang.

Maklumat lanjut berhubung prosedur operasi standard (SOP) PRN johor boleh didapati di sini.

Berita berkaitan
Petugas SPR sudah dilatih untuk berdepan PRU semasa banjir, kata Wan Ahmad
September 21, 2022· Politik
43,508 pengundi baharu didaftarkan, semakan bermula hari ini: SPR
September 15, 2022· Isu semasa
KPM rujuk dengan SPR berhubung takimat pilihan raya kepada guru
September 15, 2022· Isu semasa
Tak perlu tambah lagi kawasan Parlimen, kata bekas Timbalan SPR
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
6 minit lalu · Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
5 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
9 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
18 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok