SOP ketat PRN Johor bakal untungkan UMNO, pengundi takut untuk keluar

January 29, 2022 · Politik

Jika UMNO bertindak seakan membantah prosedur operasi standard (SOP) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, ia sebenarnya adalah helah untuk mengaburi mata pengundi nanti kononnya ia tidak adil kepada mereka.

Namun, realitinya UMNO semenangnya mahu sekatan dikenakan dalam PRN Johor sama seperti di Melaka kerana ia akan menakutkan pengundi untuk keluar pada hari pengundian nanti.

Apabila pengundi takut untuk keluar mengundi, peratusan keluar pengundi juga rendah. Lihat yang berlaku di Melaka apabila hanya sebanyak 65.85% pengundi keluar mengundi.

Jumlah tersebut terlalu rendah dan lebih rendah daripada jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang meramalkan 70% peratusan keluar mengundi.

Berdasarkan peratusan undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka menyaksikan peratusan undi melebih 80%.

Bagaimanapun, disebabkan SOP yang ketat dan kebimbangan penularan Covid-19 antara faktor peratusan pengundi keluar terlalu rendah.

Malah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga sendiri mendedahkan mereka akan menang besar sekiranya peratusan keluar mengundi rendah seperti di Melaka berulang di Johor.

“Apa yang berlaku di Johor hari ini memang sudah dirancang oleh UMNO melalui Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan parti itu akan menang besar sekiranya peratusan keluar mengundi rendah.

“Itu memang hajat UMNO dan kini mereka mahu merealisasikannya, sementara negeri Johor dan rakyatnya menjadi mangsa keadaan,” dedah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat baru-baru ini.

Bagi UMNO, semua itu tidak penting asalkan mereka berjaya menang besar dengan majoriti dua pertiga bagi menjadi dominan di DUN serta dapat mengawal semua projek dalam negeri tersebut seperti sebelum ini.

Apabila berjaya menguasai secara mutlak DUN Johor, mudah untuk UMNO bertindak sesuka hati dan sewenang-wenangnya seperti yang berlaku di Melaka sebelum ini.

Lebih menarik lagi, beberapa hari kebelakangan ini kes jangkitan baharu Covid-19 juga menunjukkan peningkatan secara tiba-tiba, tidak pasti sama ada ia disengajakan bagi menakut-nakutkan pengundi di Johor nanti.

Bagaimanapun, langkah menakut-nakutkan pengundi dengan bahaya Covid-19 adalah strategi yang berkesan, apabila peratusan pengundi rendah kemenangan besar sememangnya dijangka menyebelahi UMNO.

Selain itu, pengundi luar yang tidak pulang mengundi juga antara faktor yang menjadi perkiraan UMNO untuk menang di Johor kerana ia juga secara tidak langsung akan menyebabkan peratusan pengundi akan rendah.

Nampaknya Mat Hasan sudah mengintai peluang menang besar sama di Melaka dalam PRN Johor walaupun ia terpaksa dilakukan secara tidak bermaruah.

Menang dengan maruah atau tidak itu bukan lagi perkiraan UMNO kerana apa yang penting adalah dapat berkuasa dengan mutlak dan boleh membuat keputusan sesuka hati.

SOP SPR sebelum ini semasa PRN Melaka melarang calon bertanding dan jentera parti menjalankan sebarang aktiviti kempen secara bersemuka, sama ada berhimpun, ceramah, ziarah dari rumah ke rumah dan tinjauan mesra.

Bagaimanapun, terdapat juga jentera BN yang melanggar SOP semasa berkempen di Melaka tanpa menghiraukan larangan tersebut. Ia berbeza dengan parti-parti lain yang bertanding terpaksa mengikut syarat yang ditetapkan tetapi UMNO pula bebas berkempen mengikut sesuka hati mereka.

DUN Johor dibubarkan pada 22 Jan, memberi laluan kepada pilihan raya baru diadakan dalam tempoh 60 hari.

SPR akan bermesyuarat pada 9 Feb untuk memutuskan tarikh penting bagi pilihan raya termasuk tarikh pengundian.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
15 minit lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok