Sokongan merosot, calon UMNO kempen pemilihan tahun depan

November 14, 2022 · Politik

Ramai calon UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) tidak memfokuskan kepada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRIU-15) setelah menyedari sokongan terhadap mereka semakin merosot.

Sebaliknya, calon berkenaan, terutama yang bukan ketua bahagian, lebih banyak menumpukan kepada kempen untuk memperkenalkan diri kepada ahli UMNO sendiri sebagai persediaan menghadapi pemilihan parti yang perlu diadakan enam bulan selepas PRU-15.

Ada juga dalam kalangan pemimpin UMNO sama ada yang menduduki kerusi Majlis Tertinggi atau tidak, sedang mengintai beberapa jawatan, termasuk kerusi Presiden yang kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan, mereka juga sudah bersedia untuk menyalahkan Zahid dan mendesak beliau berundur sekiranya BN kalah dalam pengundian pada Sabtu, 19 November ini.

Sebagaimana yang pernah berlaku kepada Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan setelah menyebabkan BN tumbang buat pertama kali dalam sejarah pada 2018 lalu, sejarah itu akan berulang dengan Zahid akan dipersalahkan atas ketidakstabilan UMNO sejak kebelakangan ini.

Ramai calon PRU UMNO sekarang lebih memfokuskan untuk memperkenalkan diri mereka bukan untuk menghadapi pilihan raya, tetapi sebagai persiapan merebut jawatan dalam pemilihan parti tahun depan, kata sumber kepada Agenda Daily.

Katanya hanya pemimpin yang mempunyai nama-nama besar seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sahaja yang dilihat berusaha keras, namun yang lainnya berkempen untuk pemilihan tahun depan.

“Sebab itu Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini (14 November) memberi peringatan supaya calon menumpukan kepada kempen pilihan raya, bukan kempen pemilihan UMNO tahun depan,” katanya.

“Yang pasti jika UMNO kalah, jawatan presiden akan menjadi rebutan.”

Terdahulu, hari ini media melaporkan Ahmad mengingatkan semua calon UMNO supaya tidak menggunakan pilihan raya sebagai platform “berkempen” bagi pemilihan parti, yang dijadualkan dalam tempoh enam bulan selepas PRU-15.

Sebaliknya, beliau meminta semua calon menggunakan sepenuhnya tempoh kempen yang berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum hari pengundian Sabtu ini untuk memastikan kemenangan BN.

Beliau berkata mesyuarat agung luar biasa parti pada Mei telah memutuskan pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU-15.

“Kita masih belum memutuskan tarikh pemilihan parti, yang pasti ia sepatutnya lewat daripada 19 Mei tahun depan. Saya harap calon-calon akan berhenti berkempen untuk pemilihan parti,” kata Ahmad.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok