Sokongan luar biasa bukti rakyat terima aspirasi Perikatan Nasional

November 25, 2022 · Politik

Sokongan luar biasa rakyat kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membuktikan bahawa aspirasi perjuangan, jenama dan hala tuju Perikatan Nasional diterima baik oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin percaya penyokong dan jentera parti akan terus istiqamah berpegang teguh kepada asas perjuangan parti demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik.

“Bergerak kehadapan, semua pihak perlu cekal dan ikhlas meneruskan perjuangan melalui wadah Perikatan Nasional walau apa rintangan dan cabaran pasca PRU-15.

“Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional mendoakan kesejahteraan semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dokongan kepada Perikatan Nasional. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati perjuangan kita semua,” katanya dalam kenyataan hari ini (25 November 2022).

Hamzah yang mengekalkan kerusi Parlimen Larut pada PRU-15 (Sabtu, 19 November 2022) Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan pimpinan tertinggi parti merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengundi dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional .

“Ucapan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan khususnya kepada para petugas serta jentera Parti Perikatan Nasional di seluruh negara yang telah bertungkus-lumus bekerja keras bagi menentukan kemenangan di semua kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi parti,” katanya.

Dalam PRU-15 lalu, Perikatan Nasional memenangi 73 kerusi Parlimen, selain menawan sebuah lagi negeri – Perlis – daripada Barisan Nasional (BN).

Sementara, Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi, diikuti BN hanya 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (22 kerusi), Gabungan Rakyat Sabah (enam kerusi) dan calon Bebas dua kerusi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
17 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
28 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
11 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
15 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
17 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
17 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok