Sokongan anak muda kepada Perikatan di luar jangkaan: Idris

November 12, 2022 · Politik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kerajaan sementara, Datuk Idris Ahmad terkejut dengan gelombang sokongan yang diberikan anak muda kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Menurutnya sokongan anak muda adalah di luar jangkaan kerana selama ini mereka dianggap tidak peduli atau tidak kisah dengan soal politik dan tidak membuat apa-apa pendirian berhubung politik.

Naib Presiden PAS itu bersyukur kerana anak muda kini bangkit untuk bersama Perikatan Nasional bagi membentuk sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Walaupun ada yang ibu-bapa mereka tidak bersama Perikatan Nasional, tetapi anak-anak telah membuat satu pilihan, iaitu untuk bersama kita,” katanya.

Idris yang bertanding di Parlimen Bagan Serai atas tiket Perikatan Nasional berkata, gelombang kebangkitan itu muncul kerana anak muda hendak melihat sebuah kerajaan dan bentuk kepemimpinan baharu.

“Dulu anak muda dalam PRU-14 telah membuat percubaan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dan memilih Pakatan Harapan (PH). Namun apabila PH menang, memang sah tak boleh harap.

“Akhirnya, kita tengok anak muda kali ini membuat percubaan untuk bersama Perikatan Nasional. UMNO yang memerintah selama 60 tahun, kita sudah tahu dan PH selama 22 bulan, kita telah tengok lagak yang mereka ada.

“Kali ini, memberikan peluang kepada Perikatan Nasional yang terasnya ialah PAS dan juga Bersatu,” katanya.

Idris mengakui bahawa sesetengah generasi tua bertanyakan lambang bulan yang tiada dalam PRU-15 dan menerangkan bahawa walaupun tiada lambang bulan, tetapi dalam Perikatan Nasional tetap mempunyai lambang bulan.

Katanya, ahli dan penyokong PAS tidak perlu bimbang kerana dalam mana-mana gabungan politik yang disertai, PAS mempunyai sikap yang jelas, iaitu mempertahankan Islam serta kedudukan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“Sebab itu kalau ada (parti politik) yang tidak boleh menerima perkara ini, kita tidak bersama (mereka). Sebab itu kita tinggalkan Pakatan Rakyat kerana DAP telah merobohkan dua perkara itu. Mereka melanggar apa yang patut mereka kena jaga.

“Dalam keadaan politik di negara kita, terasnya ialah orang Melayu dan kedua, Islam sebagai agama Persekutuan yang perlu dihormati,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Dua jawatan TPM, satu kepada BN dan GPS: Anwar
November 24, 2022· Politik
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Presiden MCA terkilan pertemuan diatur dengan pemimpin PH dibuat Zahid
November 21, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
47 minit lalu · Politik
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok