Sokong Parlimen hibrid tapi jangan ganggu Proklamasi Darurat

June 5, 2021 · Politik

Langkah untuk mengadakan sidang Parlimen secara hibrid akan dapat membantu kerajaan membuat penjelasan secara teratur kepada rakyat tetapi ia tidak boleh mengganggu Proklamasi Darurat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menyambut baik cadangan tersebut memandangkan ia akan membantu kerajaan menjawab kritikan dan dakwaan yang tidak tepat oleh pembangkang khususnya melibatkan usaha-usaha yang sedang diambil untuk menangani penularan pandemik Covid-19.

“Saya sebagai ahli Parlimen mengalu-alukan bila ada sidang dan kalau ada sidang menteri-menteri pula berpeluang untuk menjawab soalan-soalan daripada menjawab di Facebook macam-macam.

“Saya fikir lebih suka jawab di Parlimen face to face…kita boleh dengar soalan tambahan dan kita boleh beri penjelasan secara teratur,” katanya semasa melawat Program Saringan Komuniti Bersasar (RTK-Antigen) di Perumahan Awam Seri Sabah 3A, Bandar Tun Razak hari ini.

Bagaimanapun, Annuar berkata sidang parlimen tersebut tidak boleh dijadikan tempat untuk pembangkang mencabar Proklamasi Darurat yang diumumkan oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jadi, saya secara peribadi untuk Parlimen Ketereh mengalu-alukan kalau ada persidangan asalkan persidangan itu tidak mengganggu proses atau pun keadaan Proklamasi Darurat yang telah pun diisytihar Agong,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu lagi.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kaedah dan pendekatan untuk memungkinkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang.

Jelasnya lagi, tempoh darurat boleh disambung sekiranya penularan Covid-19 masih berleluasa memandangkan peperangan untuk melawan pandemik adalah keutamaan kerajaan ketika ini.

“Bila kita pilih nak buat Proklamasi Darurat ia ada satu tempoh… macam sekarang kita buat hingga Ogos, kalau Ogos tu tak dapat disempurnakan kalau perlu bersambung kita timbang akan sambung sebab keutamaan kita mesti menang dulu peperangan ini dan untuk perangi Covid ini tak boleh ambil secara berasingan daripada proses vaksinasi imunisasi nasional.

“Jangan ambil dari kes berapa ramai dan berapa ribu kes… kena tengok pula dari sudut penawarnya…jadi kalau sakit melonjak penawar belum sempurna kita sudah give up, tak boleh,” ujarnya.

Tempoh Darurat ini berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau satu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid- 19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh tersebut juga pemimpin pembangkang mendesak supaya Darurat dibatalkan, malah sanggup berhimpun depan Istana Negara semata-mata untuk mendesak Agong mendengar cakap mereka.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok