Sokong ‘kawan anda’, dia akan bantu masa depan anak muda

October 26, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tiada masalah untuk memastikan anak muda Malaysia, tanpa mengira bangsa, diberi peluang bersama-sama membangunkan negara dalam semua bidang

Sehubungan itu, Exco sayap Pemuda Bersatu, Armada, Harris Idaham Rashid mengajak anak muda berusia 18 tahun ke atas yang menjadi pengundi secara automatik supaya menyokong ‘kawan-kawan’ daripada gabungan PN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November depan.

Menurutnya anak muda yang sekarang ini telah diberi peluang untuk memilih kerajaan menerusi pilihan raya yang diadakan perlu memastikan kerajaan yang bakal ditubuhkan itu berintegriti, amanah dan prihatin kepada nasib mereka.

“Jadi pilihlah kerajaan yang menyokong anda, pilihlah wakil-wakil rakyat yang boleh membawa aspirasi anda ke peringkat lebih tinggi… kerana kalau anda tak pilih orang-orang yang betul untuk membawa agenda anda… ianya tidak akan sampai ke atas.

“Armada tidak perlu bercakap soal hak demokrasi… jadi untuk memudahkan ajakan kepada anak muda… Armada menyeru pilihlah kawan-kawan anda supaya PN akan duduk di atas dan dapat membantu anda,” katanya ketika diwawancara dalam program Sembang PRU-15 Utusan Online yang disiarkan secara langsung hari ini (26 Oktober 2022).

Harris Idaham turut mengakui beliau juga telah diminta mengisi borang pencalonan mewakili PN bagi kerusi Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang, tetapi tidak pasti sama ada bakal dipilih bertanding atau tidak.

Mengulas lanjut, Harris Idaham memberi jaminan PN tidak akan meminggirkan anak muda sebaliknya menyediakan satu manifesto khusus bagi mereka yang merangkumi pelbagai aspek, termasuk gaji.

“Sekarang ini tidak ada satu parti yang boleh mendakwa mereka mendapat sokongan anak muda. Jadi Armada dan PN melihat, apa yang mustahak sekarang adalah perkara-perkara seperti manifesto yang berkaitan dengan anak muda.

“PN menyediakan manifesto khusus yang hanya menceritakan soalan anak muda, dan manifesto ini apabila saya tengok sekali imbas ianya melibatkan semua lapisan anak muda.

“Menyentuh lepasan SPM, anak muda yang mengambil aliran akademik, yang mengambil aliran tidak akademik, yang bekerja, yang bergaji, yang mempunyai perniagaan, dan juga yang kurang bernasib baik dan sebagainya.

“Jadi. apa yang saya boleh jamin sekarang ini adalah Perikatan Nasional tidak akan meninggalkan anak muda dalam manifesto ini.

“Ianya akan menyeluruh dalam semua sektor dari segi pendidikan, kemasukan ke universiti, gaji minimum, nak masuk kerja, profesional muda, dan petani muda. Semuanya kita ada,” tambah Harris Idaham.

Menurutnya lagi rata-rata calon PN yang akan diketengahkan pada PRU-15 adalah dalam kalangan orang muda, namun yang berusia dan berpengalaman tidak pula dipinggirkan.

“Tapi seperti yang saya bagi tahu, untuk kita menubuhkan kerajaan, kita perlu ada semua orang dalam komposisi itu. Kalau semua muda pun masalah. Jadi kita perlu ada hibrid di kalangan tua dan muda. PN tidak malu untuk mengetengahkan ramai orang-orang yang muda kerana tidak ada konsep ‘warlord’ dalam Perikatan Nasional.

“Tapi sekarang ini bukan saja muka baru… yang penting adalah muka baru yang boleh berkhidmat. Yang mempunyai profil yang baik… bersih, berintegriti dan jujur.

“Kadang-kadang banyak parti politik ini ingin mengejar muka baru sahaja tapi tidak memikir soal sama ada orang ini boleh berkhidmat atau tidak. Boleh buat kerja atau. Tidak. Jadi Bersatu tidaklah sangat-sangat tumpu kepada muka baru tetapi tumpu kepada kualiti muka baru itu juga,” katanya.

Sehubungan itu, Harris Idaham sekali lagi mengajak orang muda supaya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab memilih sebuah kerajaan yang dipimpin PN dan “kawan-kawan anda”, supaya isu membabitkan anak muda dapat diketengahkan.

Perikatan Nasional membawa satu aliran politik baharu untuk rakyat Malaysia… tiada kluster mahkamah daripada PN… sebaliknya Pakatan Harapan mempunyai satu dua kes mahkamah melibatkan pemimpinnya, manakala UMNO sering sangat dikaitkan dengan mahkamah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
5 minit lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
6 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
19 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
20 jam lalu· Rencana
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
10 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
14 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok