‘Sokong BN macam sokong perompak’

February 27, 2022 · Politik

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bangsa Johor jika mengundi memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac depan, seolah-olah menyokong penjenayah terus melakukan rompakan.

Pada masa sama, beliau turut berharap lebih 65 peratus pemilih akan keluar membuang undi pada PRN itu bagi memastikan Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan besar sekali gus membentuk kerajaan negeri yang terbaik dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN meminta anak muda berusia 18 tahun ke atas yang telah boleh mengundi pada PRN kali ini, memilih PN bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

“Jadi saya harap rakan-rakan di sini, termasuk anak muda 18 tahun ke atas, jangan lupa untuk menyokong Perikatan Nasional.

“Pasal kalau sokong Barisan Nasional macam sokong perompak…

“Dua tiga hari lepas Datuk Najib (Datuk Seri Najib Razak) ada lalu di sini… nasib baik dia tak masuk rumah tuan-tuan… kalau masuk macam-macam boleh berlaku,” katanya.

Presiden Bersatu itu berkata demikian dalam ucapan ringkas di sebuah kedai makan di Pagoh malam tadi ketika bersama penduduk, khususnya anak muda, menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih, Johor Darul Ta’zim (JDT) menundukkan Kuala Lumpur City FC 3-0.

“Kita nak seberapa ramai yang boleh untuk keluar mengundi. Masa di Melaka (PRN) hanya 60 peratus. Jadi kalau di Johor, kalau hanya setakat 60 peratus, itu satu cabaran bagi kita.

“Kita nak sokongan ramai pengundi keluar. Maka mungkin kita boleh menang dengan lebih besar lagi. Soal Covid, kalau kita amalkan prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya, ini tak jadi masalah,” katanya.

Muhyiddin berkata sokongan padu itu bertujuan supaya PN dapat membentuk sebuah kerajaan yang akan menawarkan struktur terbaik kepada bangsa Johor pada masa depan.

“Ini bukan soal Pilihan Raya Kecil. Ini Pilihan Raya Negeri. Tak lama lagi Pilihan Raya Umum. Jadi bila PRN nak bentuk kerajaan negeri. Ini bukan main-main.

“Jadi tentu kita tidak hendak membentuk sebuah kerajaan negeri yang terpalit dengan banyak kes mahkamah… dengan rasuah, salah guna kuasa, bukan sedikit berbilion… yang dikatakan terbesar di dunia, dilakukan oleh Najib Razak, jumlahnya berpuluh-puluh bilion.

“Kes masih dibicarakan tak selesai tapi kes yang satu sudah dijatuhkan hukuman bersalah. Kes 42 juta masuk dalam akaun dia. Jadi ini bukan satu main-mainan. Takkan kita nak sokong kerajaan BN walaupun kita kenal lama.

“Hanya kerana kita ni ahli UMNO. Ya sebahagian di sini mungkin ahli UMNO. Tapi takkan ahli UMNO nak sokong orang yang telah melakukan kesalahan. Kerajaan yang sudah melakukan kezaliman, kesalahan,” katanya lagi.

Muhyiddin juga berkata PN akan melancarkan manifesto tidak lama lagi untuk menawarkan kepada bangsa Johor apa yang akan PN lakukan jika diberi peluang mentadbir Johor.

Berita berkaitan
Tiada keputusan dicapai dalam pertemuan Hadi dan Zahid, kata Muhyiddin
September 27, 2022· Politik
Hadi dan Muhyiddin bertemu dua jam bincang perkukuh PN
September 27, 2022· Politik
Sekarang bukan masa sesuai adakan PRU-15, fokus banjir: Muhyiddin
September 24, 2022· Politik
PAS serah kepada PM isytihar tarikh PRU-15: Tuan Ibrahim
September 24, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
7 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
10 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
12 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
14 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok