Skim untuk golongan muda ditawar PN mampu kurang beban kehidupan

November 15, 2022 · Politik

Tawaran manifesto Perikatan Nasional (PN) mampu mengurangkan beban kehidupan golongan muda pada ketika negara berdepan inflasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata anak muda adalah generasi pelapis masa depan negara dan perlu diberikan perhatian sewajarnya, malah manifesto ditawarkan gabungan tersebut juga akan memberi fokus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan kepada kelompok itu.

“Ketika berucap, saya mengulangi beberapa Tawaran PN Best kepada rakyat jika PN diberi kepercayaan mengetuai kerajaan sekali lagi.

“Antaranya menyediakan sejuta peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi yang sudah pasti melegakan kerisauan para penuntut di institusi pengajian tinggi dalam mencari pekerjaan apabila tamat belajar nanti.

“Malah kita telah buktikan perkara ini ketika musim pandemik Covid-19, kerajaan PN masih mampu menyediakan kira-kira 530,000 peluang pekerjaan yang dapat membantu mereka menyara keluarga dan ibu bapa di kampung,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Muhyiddin malam tadi turun berceramah di Padang Awam AU2, Datuk Keramat dengan kehadiran ribuan orang ramai yang setia menunggu sehingga program habis walaupun keadaan hujan lebat.

“Saya merasa sungguh terharu melihat kehadiran begitu ramai sekali penduduk setempat walaupun hujan lebat sejak lewat petang.

“Mereka sanggup bertahan menunggu dalam hujan lebat untuk mendengar amanat daripada para pemimpin PN,” katanya yang menghargai orang ramai semasa program malam tadi.

Selain itu, Muhyiddin juga mengulas berhubung pelbagai skim untuk golongan muda yang baru memulakan kehidupan seperti rumah mampu milik yang sudah tentu dapat mengurangkan beban kehidupan terutama ketika inflasi.

Turut disentuh adalah berhubung langkah menambah baik skim perkhidmatan pasukan keselamatan dari aspek gaji, elaun serta faedah-faedah lain termasuk kumpulan veteran tentera dan polis.

Tidak ketinggalan bagi penduduk Sabah dan Sarawak pula, Muhyiddin berkata akan berusaha menyelesaikan tuntutan-tuntutan dalam MA63 dengan sebahagiannya sudah ditunaikan ketika menjadi kerajaan sedikit masa dahulu.

“Walaupun kita tidak lama menjadi kerajaan beberapa isu berkaitan royalti minyak dan gas berjaya diselesaikan tidak sampai setahun berbanding dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sudah sekian lama memerintah,” ujarnya lagi.

Menurut Muhyiddin, tawaran yang dibuat PN adalah realistik dan boleh dilaksanakan sekiranya diberikan mandat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya tegaskan sekali lagi segala tawaran ini akan dapat dilaksanakan sekali lagi jika rakyat memilih PN pada Pilihan Raya Umum 19 November ini dan menolak BN dan Pakatan
Harapan yang sudah terbukti gagal ketika 22 bulan menjadi kerajaan,” ujarnya.

Berita berkaitan
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
11 jam lalu· Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
18 jam lalu· Politik
FGV catat untung sebelum cukai RM60 juta, hasil langkah pemulihan era PN
May 30, 2023· Isu semasa
Sita akaun, Bersatu kemuka permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman
May 30, 2023· Politik
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
9 jam lalu · Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
10 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
11 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
14 jam lalu · Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok