Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI

August 12, 2022 · Politik

Cadangan Bersatu agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS) turut disokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berpendirian cadangan yang dibawa Bersatu agar RCI dibentuk adalah langkah terbaik bagi merungkai kepincangan dalam skandal perolehan kapal tidak siap tersebut, ia juga memastikan agar pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Saya tidak cenderung membahas lagi kerana saya mahu tindakan diambil. Fakta sudah terlalu jelas, bukan masanya untuk bahas.

“Kalau BERSATU cadangkan RCI, ia patut RCI yang membabitkan semua kerana mengapa nak pilih satu dua projek.

“Pilih semua projek. Pilih semua pimpinan termasuk Anwar pun tidak mengapa.

“Kalau yang mana melakukan kecurangan dari segi rasuah, orang ini patut ditolak dan tidak harus dijadikan calon pada pilihan raya akan datang,” katanya dipetik laporan BH semasa sidang media di Pulau Pinang malam tadi.

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan pada Rabu menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi menyatakan pendirian parti tersebut agar satu RCI dibentuk menyiasat skandal LCS.

Wan Saiful menyifatkan ia satu lagi skandal terbesar yang menyebabkan duit rakyat hangus begitu sahaja tanpa ada satu kapal siap lagi, malah beliau memberitahu Menteri dari Bersatu akan menyokong usaha tersebut.

“Kes ini adalah kes besar yang telah mengambil sejumlah besar dana rakyat.

“Kami juga akan mencadangkan menteri dari Bersatu menyokong idea daripada parti lain untuk memulakan RCI mengenai perkara ini,” katanya.

Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) membentangkan laporannya mengenai perolehan LCS kepada Dewan Rakyat, yang menonjolkan banyak kelemahan dalam projek itu.

Projek itu telah diluluskan pada 2011 semasa era pentadbiran Barisan Nasional-UMNO, ketika itu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memegang jawatan Menteri Pertahanan.

PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) secara rundingan terus, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

Berita berkaitan
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
43 minit lalu· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
5 jam lalu· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
33 minit lalu · Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok