Sivakumar sahkan pemecatan pegawai, tapi masih kekal jadi Menteri

May 9, 2023 · Politik

Laporan lima pegawainya dipecat baru-baru ini susulan terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disahkan V Sivakumar.

Menteri Sumber Manusia dipetik laporan BH berkata kelima-lima pegawainya itu sudah ditamatkan kontrak dan kedudukannya sebagai Menteri masih kekal di dalam Kabinet kerajaan campuran buat masa ini.

Lima pegawai tersebut terpalit dengan skandal rasuah membabitkan pengambilan pekerja asing dan keputusan itu dilakukan bagi memastikan kementerian dapat berfungsi dengan lancar.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Batu Gajah daripada DAP itu enggan mengulas ketika ditanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya kelima-lima pegawainya dipecat.

“Itu (pemecatan lima pegawai) memang ada kerana kita nak pastikan bahawa kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik,” katanya ringkas.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Kemuncak Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Bersaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC OSH Summit) 2023 hari ini.

Ditanya mengapa penamatan kontrak lima pegawainya itu dilakukan ketika siasatan SPRM masih berjalan dan mereka masih belum didapati bersalah, Sivakumar hanya mengunci mulut.

Khamis lalu, portal beritamemetik sumber Kementerian Sumber Manusia (KSM) melaporkan, lima pegawai Sivakumar ditamatkan kontrak, manakala seorang lagi pegawai dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pemecatan itu rentetan tindakan SPRM menahan dua pegawai kanan Sivakumar susulan siasatan suruhanjaya itu membabitkan isu rasuah dalam sebuah agensi pengambilan pekerja asing, bulan lalu.

Susulan penahanan pegawainya ketika itu, Sivakumar dilaporkan menggantung tugas tiga pegawai kanannya termasuk seorang setiausaha sulit dan seorang pegawai tugas-tugas khas (PTTK) yang ditahan SPRM.

Beberapa hari kemudian, media melaporkan SPRM menggeledah pejabat dan kediaman Sivakumar, namun Menteri Sumber Manusia itu kemudian menafikan perkara itu, di samping menegaskan akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

SPRM turut dilaporkan mengambil kenyataan Sivakumar berhubung siasatan kes rasuah mengenai pengambilan pekerja asing itu pada 16 April lalu.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
36 minit lalu· Politik
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu· Isu semasa
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
7 jam lalu· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
7 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok