Sita akaun: Bersatu kemuka afidavit SPRM tak pernah hantar perintah penyitaan

May 6, 2023 · Politik

Langkah menyita akaun Bersatu didakwa tidak dibuat mengikut prosedur perundangan yang teratur, menurut afidavit yang dikemukakan bagi semakan kehakiman dibuat parti itu.

Malah, afidavit tersebut mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menerima sebarang perintah penyitaan berhubung akaunnya selepas berakhir tempoh 90 hari daripada pembekuan akaun Bersatu.

Afidavit itu dikemukakan Setiausaha Eksekutif Bersatu, Datuk Muhammad Suhaimi Yahya di di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam afidavitnya, Suhaimi berkata perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 12 Jan dan 13 Jan sepatutnya tamat selepas 90 hari pada April, namun Bersatu tidak dapat menjalankan sebarang transaksi melalui akaun tersebut pada 13 April apabila perintah itu sepatutnya tamat.

Parti itu hanya dimaklumkan melalui surat bertarikh 19 April dan kenyataan akhbar pada hari berikutnya bahawa akaun tersebut telah disita.

Namun, Suhaimi mendakwa parti itu tidak pernah menerima sebarang perintah penyitaan berhubung akaunnya, termasuk dalam surat SPRM pada 19 April, menurut laporan Malaysiakini.

“Kenyataan media SPRM adalah diragukan kerana pemakluman penyitaan tidak dibuat pada 11 April 2020. Sebaliknya hal ini hanya didedahkan dalam kenyataan media SPRM.

“Malah surat SPRM bertarikh 19 April 2023 juga tidak menyertakan perintah penyitaan tersebut yang kononnya dikeleluarkan pada 11 April 2023,” katanya dalam afidavit itu bagi menimbulkan persoalan mengenai kesahihan tindakan SPRM.

Suhaimi juga berkata penyitaan akaun itu adalah cubaan untuk mengganggu pentadbiran keadilan dengan menjadikan sebarang keputusan prosiding mahkamah yang sedang berjalan “akademik”.

“Penyitaan salah ini adalah satu percubaan untuk mengakibatkan apa-apa perintah yang akan dikeluarkan oleh Mahkamah yang Mulia ini terhadap pembekuan salah tersebut menjadi sia-sia sahaja.

“Salah laku SPRM untuk campur tangan dalam pentadbiran atau dalam pelaksanaan keadilan yang sewajarnya adalah satu penghinaan mahkamah dan adalah wajar dan harus disemak oleh Mahkamah yang mulia ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, dilaporkan SPRM telah membekukan satu akaun Bersatu di CIMB Islamic Bank dan satu lagi di Ambank (M) Berhad.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
3 jam lalu· Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
12 jam lalu· Isu semasa
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
PMX diminta bawa bincang isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu, titah Sultan Selangor
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
4 jam lalu · Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
4 jam lalu · Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
7 jam lalu · Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
8 jam lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok