Singapura jika ada UMNO pasti akan lebih maju, kata MB Johor perasan

March 10, 2022 · Politik

Jika UMNO bertapak di Singapura, pasti negara republik tersebut akan menjadi lebih maju berbanding sekarang, kata Datuk Seri Mohammad Hasni.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor tersebut tidak berpuas hati susulan kritikan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengatakan Singapura maju dan membangun kerana UMNO tidak bertapak di Singapura dengan memberikan hujah sebaliknya untuk mempertahankan parti yang pemimpinnya terpalit dengan kes rasuah.

“Jika Singapura ada Umno, ia akan lebih maju daripada sekarang,” kata Hasni dipetik laporan media, Oriental Daily.

Jelas Hasni lagi, UMNO adalah parti yang kuat setanding dengan parti yang mentadbir negara itu sejak merdeka, Parti Tindakan Rakyat sehingga kini.

Hasni juga dipetik sebagai berkata bahawa rakyat Malaysia yang menyeberang ke Singapura setiap hari bukan sahaja terhad kepada rakyat Johor.

Tambahnya, mereka juga termasuk orang Kedah dan Kelantan, dua negeri yang ditadbir PAS.

Semalam, Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, menegaskan Singapura lebih maju daripada Malaysia.

“Saya meminta maaf untuk bertanya secara berterus-terang, UMNO ada ke di Singapura?

“Ada BN ke di Singapura? Tak ada. Ini bermakna, jika tak ada UMNO, ia menjadi lebih mudah untuk membangunkan negara,” katanya seperti dipetik portal berita rasmi PAS, Harakahdaily.

Isu migran Malaysia di Singapura telah menjadi topik utama perdebatan di tengah-tengah kempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ekonomi Johor telah terjejas teruk berikutan sekatan perjalanan yang ketat dengan Singapura akibat pandemik Covid-19.

Kempen untuk PRN Johor bermula pada 26 Feb dan rakyat Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac.

Berita berkaitan
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
50 minit lalu· Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
1 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
1 jam lalu· Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
4 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu · Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
7 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
7 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
8 jam lalu · Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok