Sikap pengundi berubah, mahu keluar buat pilihan: Penganalisis

October 20, 2022 · Politik

Baru-baru ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengulangi seruan supaya pengundi, terutama golongan muda berusia 18 tahun ke atas, keluar memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan, bagi menentukan masa depan negara.

Semalam, Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang turut menyeru pengundi supaya melaksanakan tanggungjawab mereka keluar mengundi kerana ia adalah sesuatu yang wajib dilakukan.

Beberapa penganalisis politik terkenal pula memberi ulasan berhubung sikap rakyat dan pengundi menjelang PRU-15 yang berbeza daripada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mengulas PRU-15, penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod dilaporkan sebagai berkata beliau melihat bahawa sikap pengundi telah berubah dan menganggap mengundi adalah satu kewajipan.

Menurutnya tarikh pilihan raya adalah sesuatu yang kritikal dalam menentukan peratusan keluar mengundi.

Beliau melihat sikap pengundi telah berubah selepas PRU lalu dan mereka kini mahukan kerajaan yang stabil.

“Mereka menjadi lebih bertanggungjawab dan menganggap mengundi sebagai kewajipan yang perlu ditunaikan,” katanya menurut The Star.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA, Shahnon Mohamed Salleh berkata selepas tarikh itu diumumkan, rundingan calon dan kerusi akan diteruskan sehingga malam sebelum hari penamaan calon.

“Melengkapkan manifesto pilihan raya mereka akan menjadi keutamaan lain kerana memerlukan dokumen yang disediakan untuk kempen,” katanya.

Sebelum ini, negara telah menyaksikan ketidaktentuan politik selepas PRU-14 yang dimenangi Pakatan Harapan (PH), dengan Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai Perdana Menteri ketujuh – kali kedua beliau menjawat jawatan itu.

Dan, sejak 2018 hingga 2022, rakyat menyaksikan tiga kali perubahan pemimpin utama apabila Dr Mahathir meletak jawatan, sebelum diambil alih oleh Muhyiddin.

Muhyiddin kemudian digulingkan pada 2021, dengan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan Perdana Menteri kerajaan campuran yang melibatkan Barisan Nasional (BN), PN dan Gabungan Parti Sarawak.

Pada 10 Oktober lalu, Yang di-Pertuan Agong berkenan Parlimen ke-14 dibubarkan setelah diminta berbuat demikian oleh Ismail Sabri, sekali gus membuka laluan kepada PRU-15.

Hari ini, parti politik sudah mengetahui tarikh-tarikh penting PRU-15, dengan 19 November 2022 adalah penentu sama ada ia adalah ‘ibu’ kepada segala pilihan raya atau tidak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini (Khamis, 20 Oktober 2022) menetapkan tarikh penamaan calon adalah pada 5 November 2022, diikuti pengundian awal adalah 15 November.

Tempoh berkempen ditetapkan selama dua minggu berbanding 11 hari pada PRU-14, dan 15 hari (PRU-13).

Seramai 21,173,638 pemilih layak mengundi pada PRU-15, yang melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Perlis (15 kerusi), Pahang (42) dan Perak (59), serta Sabah (satu – PRK DUN Bugaya).

Sabah, Melaka, Johor, Sarawak telah pun mengadakan PRN masing-masing manakala Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang telah memilih tidak mengadakan PRN serentak dengan peringkat Persekutuan.

Susulan pengumuman penting itu, semua parti sekarang ini telah beralih ke gear lebih tinggi, menyusun strategi, manifesto serta memilih calon yang akan bertanding.

PRU-15 ini juga adalah yang pertama kali buat semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun boleh mengundi setelah pelaksanaan pendaftaran automatik.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok