Sikap angkuh, bongkak ditunjuk PM mungkin makan diri: Bersih

August 5, 2023 · Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sikap angkuk dan bongkak yang ditunjukkannya itu mungkin akan memakan diri.

Kata gabungan itu, ahli politik yang menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen sepatutnya merendah diri serta tidak berlagak seolah-olah jentera tersebut dibeli dengan duit poket mereka.

“Bersih sentiasa cakna dan sedar bahawa kita tidak boleh sepenuhnya menghalang penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen namun ahli politik yang mempunyai kelebihan ini kerana amanah yang diberikan rakyat kepada mereka perlu sentiasa rendah diri serta tidak berlagak dan menunjuk-nunjuk seolah-olah mereka yang membeli jentera tersebut menggunakan duit poket mereka.

“Sikap angkuh dan bongkak seperti yang ditunjukkan oleh PM mungkin akan memakan diri sendiri kerana rakyat tidak akan bersetuju dengan salah guna jentera kerajaan untuk berkempen,” kata Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Anwar menegaskan beliau berhak menggunakan helikopter kerajaan itu berikutan kedudukannya sebagai perdana menteri bagi menjawab kritikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Nor yang mengatakan beliau boleh menggunakan kenderaan darat lain.

“Kerajaan punya (helikopter), bukan aku punya. Hang tak boleh pakai, perdana menteri boleh pakai,” katanya seperti dilapor Berita Harian ketika berucap pada majlis Segalanya Felda di Felda Teloi Timur semalam.

Dalam pada itu, Bersih turut berpendapat agar PM dan menteri-menteri seboleh-bolehnya memisahkan urusan kerajaan dan kempen.

“Walaupun kami mengambil maklum bahawa Kerajaan Persekutuan masih perlu menjalankan tugas-tugas mereka, tugas tersebut hendaklah dijalankan dengan penuh profesional dan seboleh-bolehnya dipisahkan daripada kegiatan berkempen untuk parti atau calon mereka.

“Kami mengambil maklum bahawa PM dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam rangka kerja mereka telah melawat sebuah kawasan FELDA di Kedah dan menggunakan helikopter kerajaan bagi tujuan tersebut.

“Untuk situasi sebegini, BERSIH berpendapat bahawa penggunaan jentera Kerajaan untuk aktiviti kempen munasabah atas pertimbangan pragmatik dan keselamatan jika berlaku selepas perjalanan tugas kerajaan.

“Namun, PM dan menteri-menteri wajib mengelakkan daripada mencampuradukkan tugasan kerajaan dan aktiviti kempen. Untuk sebarang pengumuman dasar dan peruntukan, prinsip Tiada 3C (tiada kempen, tiada syarat atas pemberian, tiada calon di pentas) mesti dipatuhi dengan tegas,” katanya.

Selain itu, Bersih juga mengingatkan agar kos perjalanan tambahan untuk berkempen selepas tugasan kerajaan perlu dibayar secara pro-rata oleh PM dan menteri-menteri terbabit.

“Bagi perjalanan tambahan untuk berkempen selepas tugasan kerajaan, PM dan menteri-menteri ini juga perlu membayar secara pro-rata kos berlebihan seperti kos minyak helikopter atau kenderaan. Demi prinsip amanah, kos-kos ini hendaklah diisytiharkan secara terbuka untuk pemantauan orang awam,” katanya.

Tambahnya, “reformasi yang dilaungkan oleh Pakatan Harapan perlu dilaksanakan tanpa mungkir dan tidak sekadar menanam tebu di bibir sebagai janji pilihan raya.”

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
14 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok