Signifikan wanita dalam PRU-15, penentu kemenangan

October 25, 2022 · Politik

Statistik yang menunjukkan 50.17 peratus atau 10,622,151 pengundi adalah dalam kalangan wanita memberikan isyarat tersendiri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Data yang diambil sehingga 9 Oktober 2022 itu juga menunjukkan bahawa pengundi wanita paling ramai direkodkan di Kedah dan Pulau Pinang.

Kira-kira 123 Parlimen didominasi oleh pengundi wanita berbanding lelaki. Ini cukup jelas menunjukkan suara wanita merupakan suara penentu. Oleh kerana wanita adalah majoriti pengundi pada PRU15, kehadiran mereka hendaklah bergerak pantas mengikut arus perdana.

Peranan wanita dalam PRU-13 tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana parti yang bertanding.

Jadi bagaimana untuk menambat hati pengundi wanita?.

Parti-parti yang bertanding secara tradisinya akan mendekati kaum wanita lebih daripada setakat memastikan mereka menghadiri ceramah.

Walaupun kini semakin ramai wanita yang turut mendengar ceramah semasa kempen pilihan raya, namun kebanyakan mereka masih lebih selesa untuk berada di rumah menjadi pemerhati dan penilai senyap.

Kempen yang menjurus kepada pendekatan peribadi lebih dekat di hati wanita dan berkesan seperti kunjungan ke rumah atau bertemu di lokasi-lokasi yang biasa dikunjungi wanita seperti di pasar dan rumah persatuan.

Mana-mana parti bertanding harus bijak memberi penerangan daripada segi fakta yang mudah difahami terutama perkara yang dekat dengan wanita seperti soal kesejahteraan keluarga, keamanan negara, pendidikan anak, hak wanita dan pekerja, isu sosial mahupun ekonomi keluarga untuk menawan hati mereka.

Mereka mudah menerima maklumat untuk dipertimbangkan dan fakta yang diyakini itu kemudian akan disebar pula dalam kalangan mereka.

Wanita tidak suka kepada sebarang bentuk tindakan yang agresif hingga menimbulkan kekecohan. Sebab itu perayu undi atau jentera kempen dalam kalangan wanita lebih sesuai untuk menawan hati pengundi wanita berbanding lelaki.

Walaupun pelbagai kaedah kempen digunakan pada masa kini termasuk melalui media baharu dan sosial untuk menambat hati pengundi, namun kaedah konvensional iaitu kunjungan rumah ke rumah masih memberi kesan yang diingini dalam menambat hati pengundi wanita.

Wanita yang bekerja juga boleh ditemui melalui cara ini pada hujung minggu.

Pertemuan sebegini, bercerita dan memujuk pengundi wanita yang dilakukan sejak dahulu lagi ternyata mampu menyentuh wanita untuk membuat penilaian dan pertimbangan.

Namun keberkesanan taktik berkempen dari rumah ke rumah juga bergantung kepada sejauh mana pembawaan diri perayu undi berkenaan sama ada mampu mempengaruhi atau sebaliknya yang melibatkan kemahiran berkomunikasi .

Dalam pada itu, kempen rumah ke rumah tidak perlu memakan masa yang lama agar tidak mengganggu urusan dan tugasan tuan rumah.

Paling utama perayu undi tidak harus memandang rendah wanita yang dikunjungi mereka, kerana kebanyakan wanita ini terpelajar, mereka tahu apa yang berlaku dan sedar mengenai kepentingan dan hak mereka sebagai pengundi.

Buktinya, kaum wanita jugalah yang paling awal berada di pusat mengundi di kebanyakan tempat pada hari pengundian untuk menunaikan hak mereka.

Sementara itu, Menurut Pengasas Akademi Dr Har, Datuk Dr Harlina Halizah Siraj dalam satu kenyataan, dalam PRU15 kali ini, wanita Malaysia tidak mahu lagi menjadi peserta pasif proses pendemokrasian negara.

“Dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi digital, pendedahan politik meluas dan penyertaan aktif dalam semua peringkat eksekutif dan kehakiman negara, wanita Malaysia menuntut lonjakan peningkatan ketara wanita dalam bidang legislatif pula.

“Wanita Malaysia tidak mahu lagi ketinggalan, di mana suara mereka tidak diwakili dan kebajikan mereka tidak diperjuangkan sepenuhnya,” katanya.

Malahan sudah terbukti bagaimana gaya dan ciri kepimpinan bercirikan kewanitaan (feminin) telah berjaya mengharungi cabaran getir pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Dalam satu artikel Harvard Business Review (HBR) berjudul Feminine Values Can Give Tomorrow’s Leaders an Edge yang ditulis oleh John Gerzema pada tahun 2013, lapan daripada sepuluh kompetensi utama pemimpin masa kini yang disenaraikan oleh 64,000 orang responden dalam satu kajian yang melibatkan banyak negara di dunia, adalah merupakan karakteristik bercirikan feminin (ekspresif, merancang untuk masa depan, munasabah, setia, bersifat anjal, sabar, intuitif dan suka berkolaboratif) sementara hanya dua sahaja karakteristik bercirikan maskulin (tegas membuat keputusan muktamad dan keliutan/resilience).

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok