Sidang Dewan Rakyat dipinda pada 13 September selepas PM jalani kuarantin

Tarikh persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 6 September ini dipinda ke 13 September depan.

Pindaan tersebut dimaklumkan dalam sepucuk surat yang dihantar Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat kepada Ahli-ahli Parlimen bertarikh 30 Ogos 2021 ditandatangani Setiausaha Dewan, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin.

Sidang tersebut akan berakhir sehingga 12 Oktober.

Sidang kali ini merupakan yang kali pertama sejak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah pada 21 Ogos lalu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin yang meletak jawatan.

Semalam, Ismail Sabri tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah simpah rahsia Menteri dan Timbalan Menteri kerana sedang menjalani kuarantin kendiri menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan Ismail Sabri tidak dapat menghadiri majlis angkat sumpah jemaah Kabinetnya yang berlangsung di Istana Negara.

Selain itu, Ismail Sabri Yaakob juga akan menguji keabsahkan kedudukannya di Dewan Rakyat dalam undi percaya nanti bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Sekurang-kurangnya 111 sokongan MP diperlukan bagi mendapat majoriti mudah yang diperlukannya, jika kurang daripada jumlah tersebut ia bermakna Ismail Sabri gagal memperoleh majoriti mudah.

BERITA BERKAIT
POPULAR