Siasatan terhadap MP Sepanggar cabul kekebalan Dewan Rakyat: Shafie

November 24, 2021 · Politik

Tindakan menyiasat Ahli Parlimen (MP) Sepanggar Datuk Azis Jamman dibidas kerana ia mencabul kekebalan Dewan Rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Presiden Warisan itu menyifatkan langkah tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat sudah dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 63 Perlembagaan Malaysia diberikan kekebalan dan ia tidak sepatutnya diambil tindakan terhadapnya.

“Ahli Dewan boleh bersuara berdasarkan fakta dan kebenaran kerana itu sudah menjadi hak seorang ahli Parlimen.

“Sekatan atau halangan ini tidak boleh berlaku di negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi. Saya yakin Ahli Parlimen Sepanggar tidak berniat untuk menghasut rakyat, beliau cuma menyatakan kebenaran sahaja,” katanya menurut laporan media hari ini.

Berdasarkan Perkara 63, seorang ahli Dewan Rakyat boleh bersuara selagi tidak menyentuh tentang hak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Semalam, Azis dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman berhubung ucapannya dalam perbahasan Bajet 2022.

Pada 9 November menerusi ucapan perbahasannya, Azis memberi amaran tentang gerakan mendesak Sabah keluar dari Malaysia susulan layanan tidak adil kepada Sabah dalam peruntukan Bajet 2022 dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, tindakan Putrajaya yang masih menganak-tirikan Sabah akan menyebabkan rakyat bangkit mendesak Sabah keluar dari Malaysia.

Dalam persidangan Parlimen hari ini, beberapa MP pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim danMP Bagan, Lim Guang Eng meminta Speaker Dewan Rakyat campur tangan dalam isu membabitkan MP Sepanggar.

Anwar menyatakan sekiranya terdapat sebarang masalah mengenai kenyataan MP Sepanggar, perkara itu perlu dibangkitkan pihak kerajaan dan dirujuk kepada jawatankuasa Parlimen untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Guan Eng berkata, beliau tidak faham mengapa hak dan keistimewaan MP semasa berucap di Parlimen diremehkan malah, boleh disiasat polis dan ini boleh dianggap mengertak atau imtimidasi terhadap MP lebih-lebih lagi pembangkang.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok