Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS

June 8, 2023 · Politik

PAS menganggap siasatan ke atas pemimpinnya sebagai episod hitam dalam amalan demokrasi negara selain bercanggah dengan prinsip kebebasan bersuara.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Menteri Besar Kedah hanya menyuarakan fakta sejarah mengenai kedudukan Pulau Pinang.

“Jelas tindakan siasatan ke atas Menteri Besar Kedah ini satu lagi episod hitam dalam sejarah demokrasi negara, apatah lagi ketika kerajaan PH-UMNO melaungkan kononnya kebebasan bersuara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Meskipun beliau akui pihak berkuasa berhak menjalankan siasatan ke atas Sanusi namun Khairil mendakwa langkah kerajaan sekarang menunjukkan mereka takut kepada isu tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut turut menyebut nama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai hujah menyokong kenyataan dibuat Sanusi mengenai kedudukan Kedan dan Pulau Pinang.

“Kenyataan ini juga dijelaskan oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairil berkata apabila ada pihak membayar pajakan tanah kepada pihak yang lain, ia membuktikan tanah tersebut bukan milik pembayar pajak.

Baru-baru ini Sanusi dilaporkan berkata, beliau sedia disiasat polis berhubung dakwaannya bahawa Pulau Pinang adalah hak Kedah dan negeri diterajuinya itu hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Sebelumnya, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng menggesa rakyat Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan Sanusi itu yang disifatkannya sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Jun berkata kerajaan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menentukan tindakan wajar diambil ke atas Sanusi.

Semalam Bukit Aman mengambil keterangan daripada Sanusi ekoran beberapa laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Berita berkaitan
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Kes rasuah Zahid ditarik balik, kenapa DAP senyap sahaja? soal Tuan Ibrahim
September 8, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
23 jam lalu · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
23 jam lalu · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok