Siapakah pilihan orang muda?

October 15, 2022 · Politik

Siapakah yang bakal mewarnai Pilihan Raya Umum – PRU-15, muka baharu atau muka lama yang didakwa sangat berpengalaman walaupun terdapat sejarah tersendiri?

Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Seri Ahmad Zahid, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah mereka masih menjadi pilihan parti?

Dalam pada itu, Malaysia mempunyai kira-kira 1.14 juta pengundi di bawah umur 21 tahun. Sebanyak 21.1 juta pemilih berdaftar dengan 1.4 juta daripadanya adalah pengundi baharu.

Berdasarkan jumlah itu, siapakah pilihan orang muda? Sewajarnya pemimpin parti tidak memandang enteng perkara tersebut. Cukup-cukuplah yang lama, kemukakanlah wajah baharu, lebih berpotensi kerana negara belum ketandusan pemimpin muda berwibawa.

Menurut Penganalisis politik, Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani, perkara itu adalah tidak mustahil lebih-lebih lagi apabila pengundi muda atau belia berusia bawah 40 tahun kini menca­tatkan lebih separuh daripada jumlah pembuang undi iaitu kira-kira 51 peratus.

“Susulan peningkatan jumlah pengundi muda ini, tidak mustahil akan berlaku perubahan besar pada landskap politik negara, malah parti-parti politik sudah pasti akan menampilkan lebih banyak calon muda untuk bertanding bagi menarik undi.

“Hasil kajian saya mendapati, kebanyakan pengundi muda cenderung untuk mengundi calon dalam lingkungan usia mereka juga atau tidak terlalu ketara jurang usia kerana merasakan lebih memahami kehendak mereka,” ujarnya.

Menurut Mohd. Azizuddin, penguatkuasaan had umur pemilih kepada 18 tahun yang berkuat kuasa 15 Disember tahun lalu juga dijangka memberikan impak kepada kancah politik negara, namun ia tidaklah terlalu ketara memandangkan jumlah­nya yang tidak terlalu besar.

“Pengundi berusia 18 tahun ini hanya kira-kira 10 peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah pengundi iaitu dianggarkan 1.8 juta individu, jadi mereka ini akan tetap memberikan impak, namun agak minimal.

“Yang dibimbangkan adalah jika mereka tidak keluar me­ngundi. Mungkin tidak mengundi kerana tidak pernah mengundi atau tidak tahu yang mereka kini boleh mengundi atau juga faktor-faktor lain seperti tidak minat, latar belakang keluarga dan lain-lain,” ujar beliau.

Mohd. Azizuddin berkata, dianggarkan terdapat seramai 4.8 juta pengundi baharu yang telah didaftarkan secara automatik sehingga kini, tetapi daripada jumlah tersebut kurang daripada 30 peratus dijangkakan keluar mengundi pada PRU-15 kelak.

“Tidak mustahil juga hanya 10 peratus yang akan keluar me­ngundi kelak dan ini akan menjadi satu kerugian kepada negara.

“Jika mereka memang tidak mahu mengundi, tidak mengapalah kerana itu hak mereka, namun lebih rugi jika mereka tidak tahu yang mereka sudah jadi pengundi berdaftar,” katanya.

Berdasarkan rekod Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu, seramai 173,177 anak muda layak mengundi di 56 DUN, namun tiada gambaran jelas sebarang kesan ketara terhadap hasil pengundian golongan tersebut di negeri itu.

Melihat kepada kebimba­ngan ini, adalah penting untuk pihak-pihak seperti SPR de­ngan sokongan pengamal media terutamanya mengorak langkah memberikan penerangan kepada individu-individu yang tidak menyedari bahawa mereka kini sudah boleh mengundi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
December 6, 2022· Politik
Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram
November 19, 2022· Isu semasa
Calon Perikatan Nasional di DUN Tioman meninggal dunia
November 19, 2022· Politik
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok