Siapa yang Tajuddin maksudkan sebagai lembu dalam MT UMNO?

July 14, 2021 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dipecat daripada jawatan Pengarah Pilihan Raya UMNO oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat andaian hanya ‘lembu’ yang tidak boleh menerima perbezaan pendapat.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu membuat andaian demikian sekiranya perbezaan pendapat ketika mesyuarat MT malam Khamis minggu lalu menjadi punca beliau dipecat dan digantikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hassan.

Sebelum ini tular klip audio berdurasi 15 minit di mana beliau memberi pendapat pada mesyuarat MT itu dengan nada keras dan tegas menolak keputusan Zahid menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga pada suatu ketika dalam mesyuarat itu mengeluarkan perkataan ‘pirah’ kerana marah, selain kecewa apabila ahli MT lain mengambil alih ucapannya.

Susulan ucapan itu Zahid dipercayai membuat keputusan menggantikan beliau dengan Mohamad.

Memetik laporan BHOnline hari ini, Tajuddin dilaporkan berkata pendapat dalam mesyuarat sepatutnya tidak menjadi masalah kerana dengan cara itu akan wujud idea yang boleh dipertimbangkan untuk kebaikan parti.

Katanya, sebagai ahli UMNO selama 45 tahun, beliau tidak mahu menjadi ‘pak turut’ dalam semua keadaan.

Beliau berkata, pandangannya dalam mesyuarat MT UMNO itu menyentuh masa depan parti selepas beberapa kali membuat keputusan yang salah.

“UMNO ini sebuah parti besar, kalau buat keputusan biarlah yang tepat dan membawa kepada kejayaan. Kalau membawa kesan negatif kepada parti, nak buat apa. Rakyat memerhatikan.

“Sepatutnya tidak ada masalah perbezaan pendapat kerana kita bukannya lembu. Seekor lembu di depan masuk kandang, kita yang lain pun ikut masuk kandang. Bila seekor keluar kandang, kita pun keluar kandang,” katanya.

Semalam, Tajuddin juga berkata UMNO langsung tidak memberinya wang untuk menjalankan tugas ketika memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya parti itu.

“Baguslah, tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan. Terima kasih kepada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah melepaskan saya daripada tanggungjawab yang begitu berat.

“Yang saya pikul selama hari ini dengan tenaga, masa saya, duit saya, satu sen pun tidak ada daripada UMNO. Saya buat kerana parti,” katanya

Susulan pemecatan Tajuddin, pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz pula menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar hanya kerana berbeza pandangan berhubung pendirian parti.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menyamakan tindakan Zahid dengan pemimpin negara yang sering bergolak, Republik Congo yang memecat penentangnya hanya kerana wujud perbezaan dalam isu politik dan parti.

“Ini masalah Zahid ni, semua orang dia nak pecat… Dia ini Presiden Republik Congo ke?” katanya kepada Agenda Daily.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
March 20, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
1 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok