Siapa Khairuddin nak ajar ahli PAS sokong BN? Soal Takiyuddin

October 31, 2022 · Politik

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus PAS yang kini mesra UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali dibidas kerana menggesa ahli parti Islam itu supaya menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu berkata Khairuddin bukan lagi ahli parti kerana sudah keluar parti yang sudah mesra UMNO dan tidak layak untuk menasihati ahli parti untuk mengikut cakapnya.

“Anda (Mohd. Khairuddin) adalah orang asing bagi PAS sekarang,” katanya dipetik laporan media.

Terdahulu, Khairuddin yang menyarankan ahli dan penyokong PAS mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 bagi mengelak kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang akan membawa mudarat lebih besar kepada negara.

Untuk rekod, Khairuddin juga bakal bertanding semula sebagai calon bebas yang mesra UMNO dan BN pada PRU-15 kali ini.

Sementara itu, Takiyuddin juga memberitahu senarai calon sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan di peringkat negeri pada Rabu ini.

Menurutnya, PAS turut menampilkan 10 peratus calon wanita dan beberapa penyandang kerusi Parlimen turut direhatkan bagi memberi laluan kepada muka baharu.

PAS mempunyai 17 wakil dalam kerajaan termasuk menteri dan ‘backbencher’ yang semuanya memberi perkhidmatan terbaik .

“Dalam PAS apa sahaja keputusan dibuat pimpinan parti akan diterima baik oleh individu yang tidak tercalon atau direhatkan termasuk ada juga yang dipilih untuk dicalonkan menolak kerana bagi mereka jawatan itu satu amanah dan tanggungjawab besar dan bukan kemegahan,” ujarnya lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
5 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
12 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
10 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok