‘Siapa kata kerajaan PN tiada hala tuju’

April 4, 2021 · Politik

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yakin kedudukan UMNO, rakyat dan negara akan lebih baik jika berada bersama Bersatu, PAS dan parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau menaruh keyakinan terhadap kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memulih dan memacu ekonomi negara bagi kepentingan rakyat.

“Ekonomi negara kita wajib segarkan semula. Kerajaan kita mampu… kita yakin kita boleh. Petanda cukup jelas. Hala tuju berada atas landasan menuju kejayaan.

“Malah kita mampu bangkit sebagai negara yang sejahtera dan dinikmati bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan PN yang dibentuk selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan, tidak mempunyai manifesto dan hala tuju, berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung BN berkata, kerajaan PN bukan milik Bersatu atau PAS sahaja, tetapi milik bersama rakyat Malaysia yang mahu menyelamatkan negara.

“Sekurang kurangnya 12 parti bergabung di dalamnya. Semua berperanan sama rata. Izinkan UMNO selesaikan kemelut kita. BN tetap memikul tanggungjawab bersama untuk pastikan kerajaan ini berjaya.

“Wajar kita terus fokus kepada kerja menyelamatkan nyawa, harta, ekonomi dan kesatuan kita. Izinkan UMNO mencari jalan untuk tampil lebih bertenaga.

Insya-Allah menjelang akhir 2021 kita raikan kemenangan bersama. Perikatan Nasional, kerajaan oleh semua untuk semua… insya-Allah ,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok