Siapa ‘duri’ dalam UMNO akan terasa lepas Zahid kata jangan jadi langau

January 30, 2022 · Politik

Presiden UMNO Zahid Hamidi tidak mendedahkan siapakah individu di dalam UMNO yang dikatakannya menjadi ‘langau’ dan ‘duri dalam daging’ ketika parti yang dipimpinnya dengan begitu baik sekali, sedang bangkit semula.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menasihatkan kumpulan individu terbabit supaya tidak berfikiran jumud dengan perjuangan untuk agenda tersendiri.

Dalam kalangan ahli UMNO akar umbi, mereka sudah tahu siapa yang dimaksudkan sebagai langau dan duri dalam daging itu, yang sebelum ini dilihat ‘menentang’ Presiden parti, terutama ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah dan kemudian dipimpin pula oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Zahid berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak di dalam UMNO sendiri yang mengatakan 96 bahagian UMNO mahu pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“UMNO sebagai sebuah parti harus rasional untuk menjaga kepentingan akar umbi berbanding menjaga kepentingan kelompok kecil yang kepompong pemikirannya mungkin terlalu jumud untuk agenda tersendiri,” kata Zahid yang dilihat oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad sedang menggunakan UMNO untuk membebaskannya daripada pertuduhan di mahkamah. Berita berkaitan

Skandal kewangan, rasuah, pecah amanah dan penyelewengan melibatkan pemimpin UMNO sebelum ini tertutup rapi, tetapi akhirnya terbongkar susulan kekalahan parti itu dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kekalahan itu menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengheret beberapa pemimpin UMNO termasuk Zahid dan bekas bossnya Najib Razak ke mahkamah atas puluhan tuduhan jenayah yang mereka lakukan ketika masing-masing menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri.

Zahid sendiri berdepan 87 pertuduhan jenayah masing-masing 47 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan 40 lagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam, membabitkan jutaan ringgit. Kesalahan dilakukan ketika menjadi TPM selama 33 bulan, Menteri Dalam Negeri dan pada masa sama menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Mengulas lanjut dalan temu bual di NRChannel pada 21 Januari 2022 yang disiarkan malam semalam, Zahid menjelaskan hanya enam daripada 190 bahagian UMNO di seluruh negara mengemukakan usul supaya diadakan pemilihan parti dahulu sebelum PRU15.

“Bukan niat untuk membidas pihak yang mendakwa konon 96 bahagian UMNO mahu pemilihan parti terlebih dahulu sebelum PRU-15, namun itulah kebenarannya dan saya wajib menyatakan kebenaran apabila ditanyakan tentang hal tersebut.

“Seperti diperjelaskan saya tidak tahu bagaimana pihak yang membuat dakwaan itu mendapat angka 96, namun laporan yang saya terima daripada bahagian-bahagian UMNO adalah yang rasmi dan sahih,” katanya.

Menurutnya UMNO sebagai sebuah parti harus rasional untuk menjaga kepentingan akar umbi berbanding menjaga kepentingan kelompok kecil yang kepompong pemikirannya mungkin terlalu jumud untuk agenda tersendiri.

“Saya perlu menekankan ayat sebegitu supaya fakta meresap ke dalam fikiran dan sanubari mereka-mereka yang berkenaan sekaligus berhenti daripada mencetuskan polemik yang tidak memanfaatkan UMNO dan ahlinya.

“Nasihat saya jika tidak berupaya jadi garam, jangan pula menjadi langau. Janganlah kita menjadi duri dalam daging semasa UMNO sedang meniti sebuah kebangkitan mutlak. Perkukuhkan, perkasakan, perhebatkan UMNO dengan kekuatan kita sendiri,” katanya.

Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok