Shamsul Iskandar sedia lawan Zahid di Bagan Datuk selepas cikgu enggan

October 22, 2022 · Politik

Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin sedia melawan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kesediaan bekas Ketua Penerangan PKR itu dibuat selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga dianggap cikgu kepada Zahid tidak mahu bertanding di Bagan Datuk tetapi memilih kerusi Parlimen Tambun.

“Jika Anwar boleh bertanding di Tambun, saya merasakan pemimpin kanan parti patut ikut serta bertanding di Perak. Jadi saya menawarkan diri untuk bertanding di Bagan Datuk.

“Anwar mempamerkan sifat kepemimpinan tinggi dengan bertanding di kerusi yang dianggap sukar. Seharusnya, semua pemimpin lain mengikut langkah itu, melepaskan kerusi selesa dan bertanding di kerusi sukar,” katanya dipetik laporan media.

Shamsul Iskandar berkata, biarpun bakal berdepan nama besar seperti Zahid, beliau sedia memberikan tentangan sengit dalam pertembungan pada PRU-15.

“Ya, Zahid sudah lama menyandang kerusi itu, beliau Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri. Jadi saya kena bekerja keras,” katanya.

Untuk rekod, Shamsul Iskandar sebelum ini memenangi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU-14.

Anwar pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Ipoh Khamis lalu, mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, sekali gus mengesahkan khabar angin beliau akan meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson yang dimenanginya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2018.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Annuar sertai PAS, KJ dijangka bersama PN, kata Takiyuddin
May 1, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok