Shahrizat gagal, Noraini kekal ketua

March 12, 2023 · Politik

Langkah bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk merampas semula kerusi pernah didudukinya selama 11 tahun sebelum berundur pada 2018, gagal, apabila tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Noraini Ahmad.

Kekalahan Shahrizat pada pemilihan UMNO kali ini menimbulkan persoalan apabila sebelum itu, Ketua Wanita Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah dilaporkan mendakwa 147 bahagian Wanita menyokong Shahrizat

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Haryaty mendakwa seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian menggesa Shahrizat kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.

Shahrizat, 70, ketika kempen untuk merebut kerusi itu semula berkata Wanita UMNO tidak boleh memimpin secara senyap dan bergerak seperti bayang-bayang sahaja.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Wanita UMNO dilaporkan kecewa melihat prestasi Noraini, khususnya dalam memimpin sayap parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu, selain kini tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Sementara itu, Noraini dalam reaksi awal keputusan tidak rasmi pemilihan berkenaan bersyukur atas kemenangannya.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Wanita UMNO di seluruh negara serta sahabat #SusahSenangBersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk terus meneraju Wanita UMNO sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

“Ayuhlah, bersama kita meneruskan pemerkasaan Wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti!,” katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini (12 Mac 2023).

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh menang kerusi Ketua Pemuda UMNO, manakala Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mendahului bagi mengisi kerusi Ketua Puteri UMNO.

Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah pula dilaporkan memperoleh undi kedua terbanyak bagi jawatan Exco Wanita UMNO Pusat.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad hari ini.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
March 20, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Jangan pandang ringan ‘suara dari penjara’, kata KJ kepada UMNO
March 21, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
57 minit lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok