Shahrir sindir menteri PAS berbeza dengan akar umbi

April 12, 2021 · Politik

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad menyindir menteri dan pemimpin PAS yang dikatakannya tidak sehaluan dengan akar umbi parti itu.

Mengambil contoh perpaduan dan permuafakatan antara kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) Pahang, beliau menganggap ahli akar umbi PAS menolak kerakusan elit dan mengutamakan penyatuan ummah.

“Keikhlasan ke arah perpaduan dan muafakat ummah meletakkan pemimpin elit PAS yang berada di bilik-bilik berhawa dingin di Putrajaya, Publika dan Kuala Terenganu benar-benar jauh menyepi dari realiti akar umbi mereka sendiri. Alhamdulillah.

“Tahniah kepada kepimpinan UMNO dan PAS negeri Pahang. Sekali lagi Pahang mendahului dengan keikhlasan ke arah perpaduan dan penyatuan ummah dan menolak kerakusan elit!” katanya mengulas pembentukan jentera MN di Parlimen Maran malam tadi.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu kini berdepan tuduhan kegagalan mengisytiharkan wang RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Shahrir berkata, kerajaan Pahang di bawah pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjadi negeri pertama membentuk jentera MN peringkat Parlimen.

“Sambil pucuk pimpinan PAS bertegas berada dalam PN (Perikatan Nasional) untuk PRU15, di Pahang semangat Muafakat Nasional bakal diterjemahkan kepada kerjasama politik di peringkat akar umbi antara UMNO dengan PAS,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rundingan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) antara parti itu dan UMNO ditamatkan, sebaliknya PAS membentuk jawatankuasa bersama Bersatu.

Pada 27 Mac lalu, PAS juga terbabit dalam pembentukan PN Pahang bersama Bersatu dan Gerakan yang dipengerusikan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah.

Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Jabar; Pengerusi Gerakan Pahang Ranndy Yap Kim Heng; dan Timbalan Ketua Bersatu Pahang Lt Kol (PA) Mohd Yazid Mohd Yunus, dilantik sebagai naib pengerusi.

Ketua Penerangan PAS Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Panching Mohd Tarmizi Yahaya, dilantik sebagai Ketua Penerangan, manakala Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia Salamiah Mohd Nor pula sebagai Ketua Wanita PN.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok