Shahril kata tak akan tanding PRN, masih ahli UMNO walau digantung 6 tahun

May 2, 2023 · Politik

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang digantung keahliannya selama enam tahun memberitahu tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Bercakap ketika siaran podcast ‘KeluarSekejap’, Shahril berkata beliau masih ahli UMNO meskipun digantung awal tahun lalu.

“Tidak, 99 peratus (saya) tidak bertanding PRN kerana secara teknikal masih ahli UMNO. Ini satu pertimbangan saya dan saya tidak mahu membuat keputusan drastik pilih parti dan sebagainya.

“Lebih daripada itu saya tidak mahu buat keputusan yang saya belum fikir masak-masak,” katanya.

Shahril sebelum ini meletakkan jawatan ketua penerangan selepas BN kalah teruk dalam PRU-15 lalu dan menggesa Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai pertanggungjawaban atas keputusan pilihan raya itu.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dipecat UMNO pula memberi bayangan akan bertanding pada PRN kali ini namun tidak mengulas lanjut.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan dua bekas pemimpin yang dipecat UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Khairy dijangka bakal menyertai PAS serta Perikatan Nasional (PN).

Sebelumnya, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berikrar menjadikan Tanjong Karang kubu kuat PN.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
1 jam lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
1 jam lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
2 jam lalu· Politik
Khairy dakwa difahamkan pengampunan kepada Najib dilengah kerajaan campuran
June 5, 2023· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
2 jam lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
13 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
13 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok