Shahidan tawar bantuan bersihkan nama Zahid

April 8, 2021 · Politik

Pengerusi Perhubungan Badan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menawarkan bantuan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membersihkan nama Presiden UMNO itu yang terpalit dengan kontroversi klip audio yang tular semalam.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) itu berkata akan membuat laporan polis berhubung rakaman perbualan telefon yang didakwa membabitkan Zahid dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Laporan polis itu akan dibuat kerana nama saya disebut dalam rakaman audio itu. Lebih-lebih lagi saya rasa terhina kerana di’boo’ sepanjang masa dalam PAU tempoh hari…Seolah-olah saya memang diatur untuk di’boo’.

“Presiden hendak nafikan, itu hak dia…Sebab Presiden kata dia akan buat laporan polis, jadi kami ini sayang Presiden, maka kami juga akan buat laporan polis,” katanya.

Laporan polis itu katanya, dapat ‘membersihkan’ nama Zahid yang dituduh cuba menjalin kerjasama sulit dengan PKR dan DAP.

Semalam, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Memetik laporan sebuah akhbar, Shahidan berkata, laporan polis itu juga bakal merungkai perkembangan terkini dakwaan surat sokongan Zahid kepada Anwar yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, tahun lalu.

“Kami tengok orang tuduh Presiden membuat surat kepada Agong…Itu pun kami kena tolong Presiden dapatkan perkembangan terkini laporan polis yang sudah dibuat. Kini nama Presiden tidak ‘clear’… Di belakang Presiden dituduh kerjasama dengan PKR dan DAP,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok